Tuesday 31 March 2015

Telefon bimbit: wajar atau tidak bawa ke sekolah?


Dunia teknologi masa kini mencetuskan fenomena baru dalam budaya masyarakat terutamanya pelajar sekolah menengah. Tidak dinafikan bahawa terdapat sebilangan murid sekolah menenggah membawa telefon bimbit mereka ke sekolah. Menurut satu artikel yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, umum ketahui bahawa larangan murid membawa dan menggunakan telefon bimbit ke sekolah telah dikuatkuasakan sejak 13 Mei 1997. Namun, Kementerian Pelajaran telah membenarkan murid membawa telefon bimbit ke sekolah secara bersyarat menerusi satu pekeliling bertarikh 23 Disember 2005, Namun, ia telah ditarik balik oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 19 Januari 2006 atau 28 hari selepas pekeliling itu dikeluarkan. Penarikbalikan pekeliling ini adalah disebabkan oleh kontrovesi yang tercetus dalam golongan yang tidak bersetuju dengan cadangan ini. Mereka berpendapat bahawa penggunaan telefon bimbit mendatangkan kesan yang negatif antaranya ialah  meningkatkan masalah disiplin iaitu kes kecurian gadjet yang di bawa ke sekolah, penggunaan telefon bimbit ini juga boleh menyebabkan murid leka untuk belajar dan sebagainya. Selain itu, penggunaan telefon bimbit ini juga mendatangkan kesan positif iaitu menurut Shulb menerusi penulisan artikel dalam laman Astro Awani berpendapat bahawa jika pelajar dibenarkan untuk membawa telefon ke sekolah, mereka seharusnya membawa telefon bimbit asas tanpa internet kerana dapat memudahkan murid untuk menghubungi ibu bapa jika berlakunya hal-hal kecemasan. Sehubungan dengan itu, apakah pandangan rakan-rakan blog berhubung isu yang dibincangkan ini? 


 Rujukan:








9 comments:

  1. Pada pendapat saya, pelajar sekolah menengah tidak wajar membawa telefon bimbit ke sekolah kerana saya merasakan pelajar akan leka melihat telefon bimbit mereka sewaktu proses pembelajaran berlangsung. Kerana saya berpendapat apa apa kecemasan pelajar boleh menghubungi ahli keluarga dengan menggunakan telefon yang disediakan oleh pihak sekolah sahaja. Jadi bukan menjadi alasan pelajar membawa telefon bimbit ke kelas. Pada masa yang sama saya merasakan membawa telefon bimbit menyebabkan pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit mempunyai keinginan untuk memiliki sebuah setelah melihat rakan memiliki telefon bimbit. Hal ini boleh menyebabkan pelajar tersebut memaksa ibu bapa mereka membeli sebuah untuk menunjukkan kepada rakan yang lain. lagi buruk lagi pelajar boleh mencuri apabila merasakan diri sukar untuk mendapatkan sebuah daripada ibu bapa mereka. Maka, saya rasa tidak membawa telefon bimbit bukan menjadi satu masalah dalam kalangan pelajar menengah.

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dengan kenyataan di atas, pelajar yang ingin membawa telefon bimbit ke sekolah dengan alasan untuk memudahkan komunikasi antara pelajar dan ibu bapa sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hanya perlu dibenarkan untuk membawa telefon bimbit yang hanya boleh membuat panggilan dan menghatar sms sahaja. penggunaan telefon yang mendapat akses internet akan membuatkan pelajar leka dan pelajar akan cenderung untuk menyalahgunakan telefon bimbit tersebut.

    ReplyDelete
  3. Kini, perkembangan teknologi mendatangkan pelbagai impak kepada masyarakat terutamanya para remaja. Natijahnya, masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dari masa ke semasa. Hal ini disebabkan mereka lebih terdedah kepada perkembangan terkini. Teknologi yang digunakan dapat mendatangkan implikasi negatif kepada personaliti dan juga tingkah laku remaja. Isunya, remaja banyak membawa telefon ke sekolah walaupun tindakan berkenaan salah. Jikalau keadaan ini berterusan, prestasi dalam akademik para pelajar merosot. Adakalanya, pelajar akan leka dengan gadget mereka tanpa menghiraukan pelajaran. Oleh itu, pantauan yang ketat daripada golongan pengajar mahupun ibu bapa dititikberatkan mengelakkan perkara tidak ingini berlaku.

    ReplyDelete
  4. pada pendapat saya, pelajar sekolah tidak wajar membawa telefon bimbit ke sekolah kerana kebanyakkan mereka salah menggunakan peluang yang diberikan oleh pihak tertentu. mereka juga banyak menggunakan telefon bimbit untuk bersuka- ria dan ada juga mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah seperti buli. selain itu, generasi masa kini kebanyakkannya menggunakan telefon bimbit kerana tidak mahu kalah dengan rakan-rakan lain yang ada telefon bimbit.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, pelajar boleh membawa telefon bimbit ke sekolah dengan syarat dipantau oleh guru disiplin di sekolah berkenaan. Kita boleh berfikir secara terbuka dengan arus kemajuan teknologi masa kini, ramai pelajar yang memiliki telefon bimbit. Jika ibu bapa dan pihak sekolah sentiasa bekerjasama dengan membuat pemantauan terhadap pelajar, hal-hal penyalahgunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah dapat dielakkan. Contohnya masa pengajaran dan pembelajaran, telefon bimbit perlu dimatikan atau silent mode supaya memudahkan proses pengajaran.

    ReplyDelete
  6. Membawa telefon bimbit ke sekolah memang perkara yang tidak wajar. Jika pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah, proses P&P akan terganggu. Pelajar akan leka bermain telefon bimbit semasa guru mengajar. Malahan, mereka akan meyalahgunakan telefon bimbit tersebut untuk tujuan membuli pelajar lain dengan merakam atau mengambil gambar pelajar lain secara tersembunyi untuk disiarkan. Serta, mereka tidak akan dapat fokus ketika proses P&P. Namun, dengan membawa telefon bimbit juga dapat membantu mereka ketika berada dalam kecemasan. mereka boleh menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

    ReplyDelete
  7. Saya sangat bersetuju bahawa larangan untuk membawa telefon bimbit dilaksanakan. Hal ini kerana mereka akan tidak fokus kepada guru yang mengajar di dalam kelas, Selain itu ini telefon bimbit bukanlah satu keperluan bagi murid sekolah. Mereka boleh menghubungi ibu bapa mereka sekiranya berlaku apa-apa kecemasan di sekolah. Oleh itu tiada fakta yang kukuh yang boleh meyokong untuk pelajar membawa telefon bimbit kat sekolah.

    ReplyDelete
  8. Bagi saya pula, membeawa telefon bimbit memang perkara yang tidak wajar sama sekali. Hal ini kerana proses P&P aka terganggu kerana pelajar boleh mengakses internet. keadaan ini akan membuatkan pelajar semakin leka dengan teknologi. Keptusan peperiksaan juga akan semakin merosot keran tidak fokus semasa cikgu sedang mengajar. Membawa telefon bimbit hanya sekadar alasan untuk kecemasan tidak relevan kerana pihak sekolah sudah menyediakan telefon awam untuk kegunaan pelajar. Ini bergantung kepada pihak sekolah untuk memastikan telefon ini selalu dalam keadaan yang baik.

    ReplyDelete
  9. Dalam era perkembangan teknologi gadget seperti telefon bimbit masa kini, tidak dinafikan kebanaykkan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah. pada pandangan saya, adalah satu perkara yang tidak wajar perkara ini berlaku. pelajar akan menjadi leka dengan pelajaran dan sibuk dengan telefon bimbit masing-masing. pihak sekolah perlu memainkan peranan [penting dalam menangani masalah ini. Masalah ini sebenarnya antara penyumbang kepada masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah. pelbagai perkara buruk dapat terjadi. keputusan peperiksaan juga kemungkinan besar akan menurun dan para guru akan dipersalahkan. tahap fokus pelajar dalam kelas juga akan berkurangan. Bagi saya juga, bukanlah satu kepentingan buat pelajar di bawah umur untuk memilikinya. biarlah ia hanya digunakan di rumah sahaja. Antara kejadian yang tidak diingini boleh berlaku seperti menonton video yang tidak bersesuaian semasa kelas berlangsung. Kebanyakkan antara mereka pasti akan menyalahgunakan teknologi yang semakin canggih hari ini. Pihak sekolah harus mengambil berat dan memastikan tiada pelajar yang membawa telefon bimbit ke kelas.

    ReplyDelete