Monday 30 March 2015

WARTAWAN MALAYSIA





https://www.youtube.com/watch?v=ho8MvAUqJvY

Apakah pandangan anda terhadap video kontroversi yang melibatkan wartawan TV3, En. Karam Sing Walia di atas?
Pada pandangan saya situasi ini masing-masing mempunyai agenda tersendiri bagi setiap pihak. Masing-masing ingin mencapai tujuan yang mereka inginkan. Tetapi, situasi di atas ada kebaikan dan keburukannya juga. Kebaikannya, perkara yang nyata dapat diperkatakan untuk pengetahuan umum, tetapi pada masa yang sama timbul keburukan bila terjadinya sesuatu yang "bias" kerana sesebuah pihak melakukan sesuatu untuk tujuan mereka sendiri. Maka, setelah menonton video ini, apa pula pendapat atau pandangan anda semua?

9 comments:

  1. Karier sebagai wartawan mengundang pelbagai spekulasi yang menyebabkan kerjaya ini kurang dititkberatkan oleh masayrakat. Hal yang sedemikian kerana, karier berkenaan mendapat kritikan yang negatif. Kesannya menyebabkan karieir ini dipandang rendah oleh segelintir masyarakat. Wartawan tidak mampu menidakkan hak kerana dibatasi oleh etika dalam kerjaya berkenaan. Misalnya, mereka tidak mampu melawan segala tomahan dari masyarakat disebabkan terikat dengan undang-undang.
    Berdasarkan video yang ditayangkan, wartawan berkenaan menghadapi tekanan yang serius disebabkan kontroversi . Dalam masa yang sama, video berkenaan dimuatnaik dalam laman sosial sehinngakan pelbagai fitnah yang timbul seterusnya mengundang impak negatif kepada karier dan peribadi beliau.
    Oleh yang demikian, syarikat penyiaran dan penerangan perlu menangani isu ini dengan segera dan mantap. Hal ini kerana, imej dan prestij dalam dalam bidang penyiaran akan dipandang oleh masyarakat. Kredibiliti dalam karier ini perlu diutamakan bagi mengelakkan segala cabaran dapat ditangani dengan cara yang berprofesional. Tambahan pula, wartawan merupakan tunggak informasi kepada seluruh negara.

    ReplyDelete
  2. Kaum wartawan merupakan golongan profesional yang peranannya, antara lain, dapat mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat, melalui laporan dan tulisan. Oleh yang demikian wartawan dianggap agen perubahan masyarakat.
    Sebagai golongan yang berpengaruh wajarlah mereka mempunyai etika profesionnya untuk dijadikan peraturan dan panduan dalam menjalankan tugas harian dengan rasa disiplin dan penuh tanggungjawab. Melihat kepadfa video di atas, bagaimana wartawan dilayan akan mengubah persepsi masyarakat terhadap waratwan. Akan timbul pandangan negatif . Maka, wartawan perlu berhati-hati ketika menyampaikan berita. Agar tidak timbul isu perkauman yang boleh membangkitkan rasa tidak puas hati masyarakat.

    ReplyDelete
  3. pada pendapat saya, wartawan ini harus dipuji kerana berani untuk mengaku kesalahan dan meminta maaf secara umum. namun begitu, apabila ada yang cuba untuk memburukkan lagi keadaan dengan mengatakan bahawa wartawan ini mengatakan sesuatu yang disangkal oleh wartawan ini, bagi saya adalah tidak patut. meskipun masyarakat tersinggung dengan apa yang diperkatakan oleh wartawan ini, masyarakat seharusnya menyelesaikan dengan cara yang lebih baik dan tidak meninggikan suara kerana ia akan lebih memburukkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  4. Kerjaya seorang wartawan bukanlah satu kerjaya yang mudah. Banyak risiko yang perlu ditanggung oleh seorang wartawan. Seorang wartawan bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang telus dan benar kepada seluruh masyarakat. Namun tidak dinafikan seorang wartaman tidak dapat mengelakkan diri daripada kontroversi seperti yang ditayangkan dalam video di atas yang melibatkan seorang wartawan popular Karam Sing Walia. Beliau membuat banyak liputan tentang suara rakyat.

    Berdasarkan video di atas, perkara yang menjadi isu adalah beliau telah mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan masyarakat Melayu sehingga menyebabkan perbalahan. Namun beliau menafikan isu berkenaan kerana ada pihak yang menokok tambah hal berkenaan. Walau bagaimanapun, akhirnya beliau memohon maaf kepada semua pihak khususnya masyarakat Melayu. Keadaan ini juga menjadi kontroversi kerana ramai yang mengambil video dan memuat naik dalam media sosial. Sebagi masyarakat yang berbilang bangsa kita perlu bertindak secara matang dengan tidak memuat naik video yang boleh menyebabkan perpecahan antara kaum sehingga boleh mengaibkan pihak lain. Kita perlu bertindak secara lebih profesional dalam hal-hal yang sensitif.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, video ini dapat menerangkan bagaimana sebuah isu itu tercetus apabila berlakunya salah faham dan mencuba menegakkan kebenaran mereka sendiri. Dalam hal ini, kewujudan wartawan masyarakt (individu yang merakam kejadian ini)akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap isu perkauman antara kaum india dan kaum melayu. Hal ini kerana, penyebaran rakaman video tersebut ke dalam laman sosial akan mencetuskan kemarahan orang ramai terutama kaum yang terlibat dengan tanggapan yang pelbagai apabila wartawan masyarakat tersebut mempotretkan isu yang tidak jelas. Selain itu, dalam video tersebut juga jelas menunjukan bahawa pihak yang terlibat memiliki agenda yang tersendiri untuk sengaja mencetuskan kekecohan.

    ReplyDelete
  6. pada pandangan saya terhadap video di atas, saya memuji tindakan wartawan tersebut kerana bertindak dengan berani dan jujur. hal ini kerana, berdasarkan apa yang sudah pelajari mengenai kerjaya sebagai wartawan bukanlah sesuatu yang mudah malah ia amat mencabar kita terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat yang berbilang kaum seperti Negara Malaysia.
    wartawan tersebut bertindak jujur dan berani apabila disuruh minta maaf khalayak ramai. namun begitu, sekiranya wartawan ada kesilapan terhadap berita disampaikannya kita perlu berfikir secara waras untuk menegur kesilapan dengan menggunakan cara yang rasional agar semua pihak yang terlibat berpuas hati dan tidak memihak mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  7. Kerjaya sebagai wartawan merupakan sesuatu yang sangat mencabar. Hal ini kerana mereka akan berhadapan dengan banyak kritikan daripada masyarakat. Keberanian dan kejujuran seorang wartawan dalam memberikan berita adalah sesuatu yang perlu dipuji. Akan tetapi tidak dinafikan juga ada sesetengah wartawan yang sanggup menipu atau menyembunyikan sesuatu fakta atas dasar untuk menjaga kerjaya yang disandang. Mungkin mereka melakukan hal demikian secara terpaksa kerana takut hilang punca pendapatan. Selain itu wartawan harus bersikap profesional dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kesilapan berita atau sebagainya. Bertindak menggunakan akal fikiran dalam semua tindakan adalah seratus kali lebih baik berbanding mengikut emosi.

    ReplyDelete
  8. Wartawan jika di tanya kepada masyarakat apa peranan wartawan kepada masyarakat, semestinya masyarakat hanya menjawab peranan sebagai menyampaikan maklumat kepada mereka. Tetapi di sebalik kerjaya sebagai wartawan, banyak konflik yang berlaku dalam mereka mencari maklumat. Ada sahaja wartawan yang dicemuh kerana salah memberi maklumat.Kebanyakan wartawan pada zaman kini terpaksa mengikut telunjuk orang atas kerana bimbang kerjaya sebagai wartawan akan hancur di tengah jalan. Sepatutnya perkara begini tidak berlaku kerana asas hendak menjadi wartawan adalah bersikap jujr dan amanah dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca.

    ReplyDelete
  9. wartawan merupakan sebuah bidang pekerjaan yang berisiko. Peranan wartawan yang paling umum seperti mana yang kita ketahui adalah mencari maklumat tentang isu semasa dan menyampaikan kepada umum dalam pelbagai medium. Wartawan yang memiliki tahap profesional dalam kerjaya dapat menangani semua permasalahan yang dihadapi. Sebagai wartawan juga, kita tidak boleh menipu dan memasukkan unsur tokok tambah dalam sesuatu berita kerana ianya menyalahi undang-undang dan boleh merosakkan imej seseorang itu kelak. Kekecohan yang berlaku seperti dalam video tersebut adalah jelas menunjukan sikap tidak matang dan bertindak tanpa berfikir.

    ReplyDelete