Wednesday 18 March 2015

Sejauh Mana Gadjet Memberi Kesan Kepada Masyarakat

Salam dan hye semua. Saya hendak mengajak kamu semua berfikir sejauh mana gadjet mempengaruhi kehidupan masyarakat pada masa kini. Mari kita kupas isu ini sedikit demi sedikit ye. Seperti yang kita tahu masyarakat sekarang terlalu bergantung dengan gadjet. Gadjet yang saya maksudkan di sini ialah seperti telefon bimbit, laptop, permainan video dan alatan gadjet yang lain. Sering kali kita melihat masyarakat sekarang lebih banyak berkomunikasi dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Whatsap, Wechat. Menurut kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat kebanyakan ahli keluarga menggunakan gadjet untuk kemudahan dan hiburan mereka. Menurut Smith (2010), pertumbuhan penggunaan gadjet di negara-negara Asia telah mencecah sehingga 230 million. Keadaan ini jelas menunjukkan ramai golongan masyarakat kini menggunakan gadjet seperti telefon bimbit dalam kehidupan mereka.

Dengan penggunaan gadjet yang semakin meningkat, pada pendapat saya ia sedikit sebanyak memberi kesan yang positif mahupun negatif. Kesan yang paling ketara sekali ialah sudah semestinya komunikasi kita terhadap orang sekeliling khususnya keluarga kita sendiri. Akibat terlalu bergantung kepada gadjet mereka selalu mengabaikan komunikasi secara bersemuka. Pernahkah anda mengalami kejadian seperti sekumpulan remaja atau keluarga makan bersama di kedai makan tetapi mereka asyik dengan gadjet mereka?pernah bukan?Penggunaan gadjet yang berlebihan boleh menyebabkan komunikasi terhadap orang sekeliling akan menjadi buruk (Ling, 2004).

Selain itu, kesan penggunaan gadjet ini turut memberi kesan positif. Sebagai contoh, ahli keluarga atau rakan-rakan yang jauh yang sudah lama tidak berjumpa dapat berjumpa semula melalui  laman sosial.Ia akan mengeratkan hubungan yang lama terputus kembali terjalin.

Menurut Nelson (2002), penggunaan gadjet ini boleh datang dalam dua bentuk sama ada positif mahupun negatif. Ia bergantung dengan individu tersebut menggunakannya dengan tujuan apa. Ini hanyalah sekadar pendapat saya. Anda pula bagaimana?

Sumber: Smith (2010). Americans and Their Gadjets. Pew Internet Research. United Kingdoms

             Ling (2004). Use of The Internet in Higher-Income Household. United States

             Nelson (2002). Parenting Out of Control. Anxiuos Parents in Uncertain Times. NYU Press
             

12 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hai Tiejah,
    Pada zaman moden kini, manusia tidak boleh lari daripada memiliki serta menggunakan gadjet. Pada pendapat saya, gadjet sememangnya satu teknologi digital yang boleh membantu manusia dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang komunikasi dan dijadikan sebagai medium hiburan. Namun begitu, sebagai pengguna, kita perlu tahu batasan dalam menggunakan gadjet. Tidak dinafikan, penggunaan gadjet mendatangkan kesan positif dan negatif. Dari sudut positif, sudah pasti gadjet membantu menghubungkan manusia tanpa mengira waktu dan sempadan, namun dari sudut negatif, penggunaan gadjet yang melampau boleh merosakkan hubungan. Keadaan ini berlaku apabila pengguna gadjet terlalu obses menggunakan gadjet sehingga mereka mengabaikan orang-orang di sekeliling mereka. Jadi, sebagai kesimpulannya, sebagai pengguna, kita perlu memikirkan kesan sampingan ketika menggunakan gadjet. Penggunaan gadjet secara berkesan sememangnya dapat melahirkan masyarakat yang kaya dengan ilmu IT.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, penggunaan gadjet ada baik dan buruknya.
    Kebaikan penggunaan gadjet dalam kehidupan sehari membantu menjimatkan masa dan membantu menghubungkan kita dengan orang ramai dengan mudah. Kita juga cepat mendapat isu semasa baik di dalam atau di luar negara dengan cepat.
    Keburukan penggunaan gadjet yang berlebihan menimbulkan sesuatu yang tidak baik apabila menjejaskan hubungan dengan orang yang berada di sekeliling kita. Hal ini kerana kita terlalu sibuk dengan melayani gadjet kita sehingga tidak memperdulikan orang yang berada di sekeliling kita pada masa itu. Selain itu, penggunaan gadjet yang berlebihan juga menjadikan kita tidak mempunyai masa untuk melakukan perkara yang lain. Sebagai contoh, kita tidak mempunyai masa untuk makan dan melakukan aktiviti yang lain. Kesihatan kita boleh terjejas disebabkan penggunaan gadjet yang berlebihan. Pendedahan isu semasa yang terlalu kerap melalui gadjet juga tidak baiknya untuk diri sendiri. Hal ini kerana emosi seseorang boleh terganggu dengan perkara yang diketahui tadi.
    Kesimpulannya, saya merasakan sesuatu perkara hanya perlu dinilai baik buruknya bergantung dengan sikap pengguna itu sendiri.

    ReplyDelete
  4. Secara umumnya, penggunaan gadget pada masa kini mendatangakan pelbagai implikasi yang negatif dalam kalangan masyarakat. Hal yang sedemikian akan mengubah tingkah laku pengguna dari masa ke semasa. Adakalanya, pengguna akan berubah menjadi seornag yang pendiam dan menyendiri. Keadaan ini disebabkan oleh, pengguna terlalu kerap dengan hanya menghabiskan masa untuk gadget. Sikap begini menyebabkan mereka tiada masa untuk berkomunikasi dengan keluarga, rakan-rakan, mahupun masyarakat sekeliling. Selain itu juga, tindakan sebegini akan menyebabkan pengguna menghadapi penyakit yang serius kesan daripada penggunaan gadget berkenaan. Hal ini disebabkan mereka terlalu menghabiskan masa seharian menghadap gadget. Kesihatan mereka secara tidak langsung akan diabaikan keran terlalu leka dengan gadget. Antara penyakit yang sering mereka hidapi ialah sakit mata, sakit sendi, dan pening kepala. Masalah ini akan berlarutan jikalau mereka tidak peduli dengan kesihatan.

    ReplyDelete
  5. Secara umumnya, manusia memerlukan gadjet dan media sosial dalam kehidupan seharian. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir masyarakat terlalu bergantung dengan gadjet dan media sosial dengan anggapan bahawa tanpa gadjet "hidup tidak lengkap". menurut Koh Siaw Yoke dalam artikel yang disiarkan dalam myMetro pada 9 april 2014 menyatakan bahawa media sosial antara medium komunikasi yang paling utama dan merupakan sebahagian daripada kehidupan masa kini. Namun begitu, penggunaan gadjet dan media sosial yang tidak terkawal akan mendatangkan kesan sampingan terhadap kehidupan harian. penggunaan media sosial akan mewujudkan individu yang anti-sosial, dan keretakkan hubungan dalam keluarga seperti tidak akan wujud komunikasi bersemuka antara ibu bapa dan anak.

    ReplyDelete
  6. Secara umumnya, manusia memerlukan gadjet dan media sosial dalam kehidupan seharian. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir masyarakat terlalu bergantung dengan gadjet dan media sosial dengan anggapan bahawa tanpa gadjet "hidup tidak lengkap". menurut Koh Siaw Yoke dalam artikel yang disiarkan dalam myMetro pada 9 april 2014 menyatakan bahawa media sosial antara medium komunikasi yang paling utama dan merupakan sebahagian daripada kehidupan masa kini. Namun begitu, penggunaan gadjet dan media sosial yang tidak terkawal akan mendatangkan kesan sampingan terhadap kehidupan harian. penggunaan media sosial akan mewujudkan individu yang anti-sosial, dan keretakkan hubungan dalam keluarga seperti tidak akan wujud komunikasi bersemuka antara ibu bapa dan anak.

    ReplyDelete
  7. saya melihat kesan penggunaan gadjet kepada masyarakat dari sudut positif, ia membantu kita memudahkan kerja-kerja seharian kita. selain itu, penggunaan gadjet membantu kita menjalankan perniagaan dalam online. tambahan pula, masyarakat kini banyak terdedah kepada teknologi-teknologi baru dan hal membantu mereka meningkatkan pemikiran mereka dengan dunia IT.
    dari segi sosial, penggunaan gadjet turut membantu masyarakat merapatkan hubungan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  8. sebenarnya, agak menyedihkan apabila masyarakat masa kini memilih gadget sebagai medium perhubungan berbanding bersemuka kerana secara tidak langsung menyebabkan kurangnya ikatan yang terjalin antara mereka. sedih apabila melihat sesetengah golongan yang menghabiskan masa bersama tetapi masing-masing memegang gadget tanpa ada 'real interaction' antara mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. keadaan ini berlaku apabila masyarakat terlalu obses dengan gadjet yang ada pada hari ini. mereka juga mengambil jalan mudah untuk berhadapan atau berkomunikasi dengan orang disekelilingnya seperti menggunakan whatasp, wechat dan banyak lagi. mereka lebih selesa berhubung tanpa bersemuka dengan rakan-rakannya atau ahli keluarga.

      Delete
  9. pada pendapat saya, adalah sesuatu yang kurang baik apabila masyarakat kita sendiri yang terdiri daripada kita sendiri memilih gajget sebuah medium utama dalam perhubungan. Mereka lebih gemar berhubungan seperti ini berbanding secara bersemuka. Hal ini menyebabkan ukhuwah antara manusia kian pudar dan di situlah wujudnya jalinan ikatan kekeluargaan semakin renggang. Tidak dinafikan juga. antara kita juga memiliki kelebihan dalam menggunkan gadget pada masa kini. Namun adalah lebih baik sekiranya kita berkomunikasi secara bersuara daripada bersemuka namun tangan kita fokus kepada gadget.

    ReplyDelete
  10. Saya berpendapat bahawa kemajuan gadjet ini sedikit sebanyak telah mengubah cara hidup masyarakat. Hal ini kerana individu lebih suka meluangkan masa bersama gadjet mereka berbanding menggunakan masa yang ada untuk berinteraksi dengan kawan-kawan yang lain. Hal ini merupakan satu yang serius dan merupakan satu virus yang belum menemui ubatnya. Bagi pengguna yang bijak mereka akan menggunkan gadjet mereka mengikut ruang keperluan dan mungkin tidak sampai 10% orang yang akan berbuat demikian.Oleh itu kita perlu fikir bahawa hidup bermuafakat bersama rakan-rakan adalah 200% lebih baik berbanding hidup bermuafakat bersama gadjet.

    ReplyDelete
  11. I am surrounded with bunch of people who would just enjoy looking at their gadget when we hang out together. i had experienced the time where I feel like I'm talking to myself. They do not talk back to me as they keep on looking to their smartphone. Sometimes, it makes me feel offended. The relationship might affected as well. rely too much on gadget will make people become lazy, wasting time, wasting money and get less social time with others.

    ReplyDelete