Thursday 9 April 2015

DUNIA VIRTUAL SECOND LIFE



          Pada kali ini, sekali lagi kita akan bincangkan satu lagi topik yang menarik iaitu mengenai satu permainan video yang dikenali sebagai Second Life. Second Life mula wujud pada 23 Jun 2003 dan menurut pemilik second life iaitu Linden Lab, sehingga kini, permainan video ini telah mempunyai hampir 1 juta pengguna tetap. Second life ini lebih kepada dunia sebenar atas talian (online virtual world) dimana pengguna (juga dikenali sebagai residents) akan mencipta diri mereka di dalam dunia second life ini yang dikenali sebagai avatar dan dapat berkomunikasi secara langsung dengan avatar-avatar yang lain. Selain itu, pengguna juga boleh meneroka dunia (dikenali sebagai grid), bersosial, membina dan mencipta peralatan dan pakaian, mnyediakan servis dan melakukan urusan jualan secara virtual dengan avatar-avatar lain.




          Berdasarkan pemerhatian saya terhadap dokumentari yang memaparkan kisah pengguna second life, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan mereka terus bermain dengan permainan ini. Ada yang bijak menjadikan permainan ini sebagai sumber kewangan dimana terdapat pengguna memperoleh sumber pendapatan dengan melakukan perniagaan dalam dunia virtual second life menggunakan Linden Dollar.
Ada juga yang mencipta avatar dan dirinya yang sebenar berbeza dari segi fizikal. Second life telah memberi peluang bagi seseorang untuk memiliki tubuh badan yang lebih ramping dan ideal dimana di dalam dunia sebenar beliau tidak dapat jadi seperti itu. Mengapa ini berlaku? Adakah pengguna tidak yakin dengan penampilan diri sendiri atau mereka merasakan avatar-avatar lain hanya akan menerima mereka sekiranya mereka cantik?

          Ada juga yang terlibat dalam perhubungan cinta setelah bermain permainan video ini. Perhubungan cinta yang di bawa ke dunia sebenar dan menjadikan ia realiti. Ada juga yang menggunakan identiti orang lain sebagai contoh di dalam dunia sebenar adalah seorang lelaki tetapi di dalam dunia virtual second life, avatarnya adalah kanak-kanak perempuan. Bagi saya, pengguna second life ini menjadikan permainan ini sebagai satu medan untuk mereka mengekspresikan diri mereka dan identiti mereka yang tidak dapat ditunjukkan dalam dunia sebenar.
          Namun, apabila seseorang itu menghabiskan masa hampir 15-20 jam sehari untuk bermain permainan video ini, adakah anda rasa ianya sesuatu yang normal dan sihat? Berinteraksi hanya dalam dunia virtual dan bukannya dalam dunia sebenar. Tidak berhubung dengan dunia luar semata-mata meberi fokus kepada permainan ini. Bagi saya, perkara ini harus dipandang serius dan perlu ada pihak yang memberikan kesedaran kepada pengguna-pengguna tegar pemainan second life ini untuk mengubah cara hidup mereka. menurut salah satu artikel yang ditulis dalam website Cara, Trik & Tips pada 13 Januari 2015, penulis memberikan beberapa tips dan cara bermain game dengan menyesuaikan waktu iaitu bermain game dengan batasan, menghindari game yang memerlukan penyelesaian yang sangat lama atau tidak terbatas dan bermain dengan cepat.

rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Second_Life

http://scaratriktips.blogspot.com/2015/01/tips-dan-cara-bermain-game-dengan.html

9 comments:

  1. Pada pendapat saya..apa yang berlaku dalam kehidupan seseorang dengan bermain game virtual second life untuk menghiburkan hati selepas mengamali banyak tekanan dalam kehidupan. maka untuk melepaskan tekanan tersebut game menjadi salah satu hiburan unutk menenangkan diri. Maka bukan menjadi satu masalah unutk seseorang mempunyai dunia yang kedua dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, dunia second life dapat memberi peluang kepada individu untuk mencipta identiti baru menurut pilihan hati meeka. Selain itu, second life turut memberi peluang kepada individu untuk mencari atau memulakan perkenalan baru dan dapat mewujudkan hubungan yang mesra dengan residents yang adalah dalam second life tersebut. Di samping itu juga, mereka turut bgerpeluang untuk mengexpresikan diri mereka untuk menjadi orang lain. Namun, tidak wajar jika seseorang individu menghabiskan masa 15-20 jam sehari untuk bermain game ini. Hal ini akan menjejaskan kesihatan pemain tersebut dari segi kesihatan fizikal dan mental. Seperti umum ketahui, manusia memerlukan masa untuk tidur sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari untuk merehatkan mental dan fizikal manusia. sehubungan itu, pemain tersebut turut tidak terdedah dengan dunia sekeliling iaitu dunia realiti di mana setiap manusia memerlukan interaksi nyata face to face agar sebuah perhubungan tersebut dapat terjalin dengan mesra dan baik. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika seseorang individu sanggup menghabiskan masa 15-20 jam sehari untuk game ini.

    ReplyDelete
  3. Dunia second life sememangnya dapat memberi peluang kepada sesetengah individu untuk mereka mengubah identiti mereka sendiri. Selain itu, ia juga membuka peluang baru untuk mereka mengenali dunia baru yang moden. Mereka juga berpeluang untuk menukar identiti dengan menjadi orang lain untuk satu-satu masa. Dengan menghabiskan masa selama itu dengan bermain game tersebut adalah suatu tindakan yang tidak wajar kerana boleh menyebabkan gangguan dari banyak aspek seperti mental, kesihatan dan fizikal kita sendiri. Kita seharusnya bijak dalam membahagikan masa untuk semua aktiviti seharian.

    ReplyDelete
  4. Aplikasi yang menawarkan game second life ini mempunyai alternatif lain untuk mempromosi di samping menarik ramai pemainnya. Hal ini sedemikian dapat kita lihat apabila permainan ini diperkenalkan kepada masyarakat. Aplikasi ini dapat mendatangkan impak yang ketara dalam kalangan pemain. Pemain dapat meningkatkan kemahiran dalam berkomunikasi dengan dunia luar melalui percakapan dengan pemain yang lain.Pertukaran pendapat dan jalinan hubungan ini akan menyebabkan mereka lebih yakin dan akan mengadakan pertemuan di dunia sebenar. Natijahnya,mereka akan bersahabat dan ada juga yang berkahwin mahupun berpasangan melalui aplikasi ini.
    Namun demikian,permainan ini juga mendatangkan impak negatif kepada masyarakat.Pertamanya,masyarakat akan ketagih sehinggakan ada yang sanggup berhabis duit dan tenaga untuk menyelesaikn permainan ini.Keadaan ini akan mengundang impak bahaya juga kepada kesihatan pemain.

    ReplyDelete
  5. Aplikasi Game Second Life ini memberi ruang kepada si pemain untuk mengekpresikan perasaan dan hobi mereka melalui game. justeru, perasaan yang tidak dapat mereka luahkan dapat digambarkan menerusi game seperti ini. Ini akan membantu mereka mengurangkan stress dan tekanan kerja dengan bermain game ini. Hal ini kerana game ini mmembolehkan mereka mencipta dunia baru mereka tersendiri. Game seperti ini dapat membantu mereka bertemu dengan orang lain menerusi cara komunikasi yang mereka inginkan. Namun, game ini juga boleh menyebabkan masyarakat terlibat dalam ketagihan game yang melampau sehingga mengabaikan masyarakat di sekeliling mereka.

    ReplyDelete
  6. Aplikasi Game Second Life ini bagi pendapat saya pula dapat membantu meningkatkan keyakinan diri. Mereka akan saling membantu untuk memberi keyakinan antara satu sama lain. Sebagai contoh, ada yang mencari hubungan cinta dalam aplikasi ini. Mereka belajar untuk menerima diri masing-masing sebelum mengambil keputusan berjumpa. Mereka juga dapat menghiburkan hati dan melepaskan tekanan jika bermain permainan ini. Dalam erti kata lain mereka mendapat kepuasan apabila bermain aplikasi ini. Tetapi keburukan juga tetap ada dalam aplikasi ini. Mereka menjadi anti sosial dengan orang sekeliling dan hanya bergantung dengan aplikasi di alam maya sahaja

    ReplyDelete
  7. Aplikasi game second life sememangnya memberi kepuasan kepada pengguna di mana mereka boleh mengubah identiti dan personaliti diri mereka seperti yang mereka inginkan di samping membina hubungan dengan orang lain.Namun, pada realitinya ia boleh mendatangkan keburukan kepada pengguna di mana keadaan ini boleh mengakibatkan pengguna terlalu obses dengan aplikasi mainan ini sehingga lupa dan tidak sedar akan persekitaran mereka. Pergaulan mereka juga hanya terbatas di alam maya.

    ReplyDelete
  8. pada pendapat saya, game second life memberi peluang kepada para pemain untuk mengikut kehendak pemain game tersebut. dengan adanya game ini membantu mereka memenuhi keperluan mereka tidak ada dalam dunia realiti seperti dari segi materialistik, kesempurnaan dan sebagainya. namun begitu, keburukan yang dialami pemain seperti menghabiskan masa-masanya dengan bermain game ini sahaja tanpa menghiraukan persekitaran atau orang-orang disekelilingnya. mereka juga terpengaruh atau obses dengan dunia bukan realiti.

    ReplyDelete
  9. Permainan game second life ini sangat baik bagi saya kerana ia boleh memberi peluang kepada invividu untuk menikmati pilihan yang diinginkan dalam dirinya. Hal ini boleh meningkatkan daya keyakinan diri seseorang walaupun bukan pada alam nyata. Setiap individu berhak mendapat kepuasan yang diinginkan. Namun ketagihan permaian ini menyebabkan individu akan menjadi anti-sosial.

    ReplyDelete