Wednesday 18 March 2015

Teknologi dan kesan positif

Pendedahan penggunaan gadjet dalam kalangan kita memberi kesan positif kepada kita semua. Kesan kepada kanak-kanak, jika peranti elektronik didedahkan kepada kanak-kanak taska yang berumur empat tahun ke bawah dapat membantu mereka untuk perkembangan deria dan imaginasi. Perkembangan otak mereka juga perlu didedahkan terhadap semua ini. Ia juga berkesan dalam membantu mereka untuk mendengar, mempelajari bunyi dan bertutur dengan lebih cepat. Walaubagaimanapun, pemilihan kandungan yabng akan digunakan hendaklah dipantau oleh orang yang lebih dewasa serta perlu kepada penelitian yang bersesuaian dengan usia mereka. Ibu bapa perlulah membuat penilaian terhadap yang mempunyai nilai positif kepada kanak-kanak. Tidak semua kandungan peranti elektronik dan gadget memenuhi keperluan kanak-kanak. 

Kebaikan kepada remaja pula adalah dapat dilihat dari pelbagai sudut. ntaranya adalah dapat membantu kita dalam menjimatkan masa. Perkembangan teknologi telah menjimatkan masa. sebagai contoh aplikasi GPS dapat membantu kita mencari arah tujuan kita serta dapat mengelakkan daripada kita sesat. Kebaikan lain seperti memberi kemudahan dalam komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya dengan menggunakan media sosial seperti Skype, Yahoo Messeger, E-mail dan sebagainya. Pelbagai informasi dan maklumat dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan. Kebaikan lain yang dapat dilihat seperti perkembangan dalam bidang perubatan. Perubatan adalah salah satu sektor yang penting dalam kalangan masyarakat. Jadi, dengan adanya perkembangan seperti ini, ia banyak membantu dalam menyelesaikan masalah ini. pelbagai perkembangan seperti penggunaan kimoterapi yang membantu dalam membantu sesetengah penyakit kanser. Perkembangan teknologi yang memberi kebaikan lain seperti teknologi pengimejan yang mana telah membantu untuk mengenalpasti rawatan yang diperlukan. Kebaikan seterusnya ialah meningkatkan pengeluaran. Penggunaan pelbagai jenis mesin dan perlatan telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan buruh. Sebagai contoh penggunaan mesin dalam penyediaan makanan, pembuatan kereta dan sebagainya. Selain itu, penggunaan mesin dapat mengurangkan kebarangkalian kerosakan sesuatu produk yang dihasilkan. 


Sumber : 

Woelfer, J,.& Hendry, (2010) D.G. Homeless young peoples's experience with information systems: life and work in a community technology center. CHI '10, 

Bruckman, A., Gurzick, D., Lampe, C.,(2006): Mulching Youth and technology. CSCW '10, London. 

Ames . M., Go, J "Jofish", And Spasojevic, M. Understanding Technology Choice and Value Through Social Class New York (2011).


12 comments:

  1. Perkembangan teknologi mendatangkan pelbagai implikasi positif kepada golongan belia negara. Hal ini kerana, golongan belia dapat mengakses maklumat dan menambahkan pengetahuan mereka melalui isus-isu semasa yang sentiasa diperbaharui melaui media sosisla. Tindakan ini secra tidak langsung akan mendatangkan impak yang besar kepada pembangunan negara. Belia yang berpengatahuan dan berpandangan jauh akan menjadi tunjang kepada negara untuk bersaing dengan negara lain. Dalam pada itu juga, negara dapat melahirakan generasi yang berinformasi dan berintegriti tinggi. Sikap belia sebegini akan meningkatkan prestasi dan imej negara di mata dunia. Kredibiliti dan berketrampilan tinggi merupakan elemen yang penting dalam diri belia untuk digunakan dalam proses komuniksai dan berhubung dengan negara-negara lain.

    ReplyDelete
  2. Berhubung dengan dunia masa kini sememangnya teknologi baik dan sangat berguna untuk semua pihak. Tanpa teknologi maka sukar bagi kita memperolehi keperluan asas di muka bumi ini. Teknologi yang memberi kebaikan, teknologi juga mampu memberi keburukan kepada manusia. Hal ini kerana, kanak-kanak yang masih kecil jika menggunakan gadjet tidak baik untuk mata (penglihatan) mereka jika menggunakan gadjet lalu kerap. Kesihatan kanak-kanak juga boleh terjejas. Begitu juga terhadap remaja kerana penggunaan gadjet yang kerap boleh menjadikan mereka mengabaikan buku sekolah mereka. Selain itu, remaja juga akan kurang minat pergi ke sekolah kerana ingin memberikan masa kepada gadjet mereka.
    Oleh itu, teknologi pada masa kini ada baik buruknya. Semua bergantung dengan keadaan dan sebab sesuatu itu terjadi dalam diri individu tersebut. Jika seseorang itu bijak menggunakan teknologi tersebut maka akan memberi sesuatu yang positif dalam kehidupannya. Jika menyalahgunakan maka terjadilah sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hai Najib,
    Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi sangat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini dapat dibuktikan apabila penggunaan teknologi dalam pelbagai bidang seperti bidang perubatan, pendidikan, perhubungan, pertahanan, dan pembuatan. Dengan adanya teknologi yang canggih, semua kerja dapat dilakukan secara sistematik di samping dapat menjimatkan masa. Keadaan ini jelas sekali menunjukkan manusia bergantung sepenuhnya kepada teknologi moden seperti gadjet, mesin-mesin perubatan dan sebagainya. Malah saban tahun, kita boleh menyaksikan sendiri bagaimana wujudnya penciptaan teknologi-teknologi moden terutamanya gadjet.

    Kini, kita juga boleh menyaksikan kanak-kanak sekarang didedahkan dengan gadjet oleh ibu bapa mereka. Ramai ibu bapa yang sanggup membelikan anak-anak mereka gadjet agar anak-anak tidak keluar dari rumah. Namun, secara peribadi, saya tidak setuju dengan tindakan ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka bermain gadjet. Hal ini kerana, jika anak-anak terlalu obses dengan gadjet, ia boleh menimbulkan masalah kepada kanak-kanak berkenaan terutamanya mereka gagal untuk bersosialisasi dengan orang-orang di sekeliling mereka.

    Secara keseluruhan, sebagai pengguna kita perlu bijak dalam menggunakan teknologi moden seperti gadjet. Jangan biarkan teknologi menguasai diri kita, sebaliknya, kita yang perlu menguasai teknologi.

    ReplyDelete
  5. Tidak dinafikan penggunaan gadjet memberikan manfaat terhadap perkembangan minda kanak-kanak. Namun peranan dari ibu bapa juga sangat penting agar pengisian dalam gadjet tersebut bersesuaian dengan umur anak-anak mereka. selain itu, penggunaan gadjet dalam kalangan remaja juga penting untuk berhubung antara satu sama lain tanpa ada kekanggan masa dan waktu. namun begitu, jika penggunaan gadjet ini disalahgunakan sudah semestinya akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kehidupan sosial contohnya remaja tersebut menjadi lebih pasif dan tidak suka bergaul dengan orang ramai. Oleh itu, penggunan gadjet yang betul akan mendatangkan kesan yang positif dan jika sebaliknya kesan negatif akan berlaku.

    ReplyDelete
  6. hai....tidak dinafikan perkembangan teknologi ini sememangnya memberi kesan positif kepada kita semua namun begitu, kita juga harus sedar dengan kesan negatif yang berpunca dari perkembangan teknologi ini. pengguna seharusnya bijak menggunakan teknologi yang ada dan jangan terlalu taksub hingga memberikan kesan yang negatif terhadap diri sendiri..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Hye...Teknologi dicipta adalah bertujuan bagi memenuhi ruang yang diperlukan oleh masyarakat seiring dengan perkembangan zaman. Oleh itu perkembangan ini telah membuka satu dunia baru kepada masyarakat dimana segala maklumat dan informasi boleh didapati di hujung jari. Perkembangan ini telah memberi pandangan yang negatif kerana salah penggunaan teknologi ini bercanggah daripada apa yang sepatutnya dimatlamatkan.Oleh itu,pemantauan daripada ibubapa kepada anak-anak mereka adalah sangat perlu kerana bagi mengelakkan anak-anak mereka mendapat kesan yang negatif daripada perkembangan teknologi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemantauan ibu bapa semakin mencabar dengan perkembangan teknologi ini. Olh itu, ibu bapa seharusya memainka peranan penting dalam memantau setiap pergerakan anak-anak supaya pengaruh sosial yang negatif tidak diikuti oleh anak-anak.

      Delete
  9. Hai everybody. We can't deny the contribution of technology to us. It strive our life to the next stage. Technology had bring us into a modern life. We can see in our daily life. Just like what Najib said, no worries if we don't know the direction of the place. We have GPS now. Life getting easier and simpler. Positive side is when the technology makes our life easier. We no longer face hard times to do something with the advancement of technology nowadays. Thus, we have to know how to use the technology wisely in order to not get obsess by it.

    ReplyDelete
  10. sememangnya teknologi banyak memberi manfaat kepada kita semua dari segi pelbagai aspek seperti pendidikan, ekonomi, perubatan dan banyak lagi. keadaan ini telah membantu kita semua untuk mengembangkan pembangunan negara dan memudahkan tenaga kerja. namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa teknologi telah kesan buruk kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  11. memang tidak boleh dinafikan teknologi sememangnya memberi banyak kesan posiif kepada masyarakat. Tugas yang dilakukan seharian boleh menjadi mudah dengan adanya teknologi. Sebagai contoh dengan adanya teknologi keluarga yang jauh boleh berhubung dan keluarga yang jarang dijumpai juga lebih mudah berkomunikasi dengan adanya teknologi. Ini terpulang kepadaindividu terbabit sama ada menggunakanteknologi tersebut dengan betul aau sebaliknya.

    ReplyDelete