Kesan Video dimuatnaik di Laman Sosial
Video yang di muatnaik di laman sosial seperti youtube dan facebook secara tidak langsung memberi kesan kepada indiviu. Video yang disebarkan secara meluas tanpa kita sedari memberi impak yang positif dan negatif bergantung kepada jenis video tersebut. Sebagai contoh, video berkaitan buli yang di muatnaik dapat membantu pihak berkuasa untuk menangkap suspek yang terlibat. Hal ini dapat membantu dalam menyelesaikan sesuatu kes dalam masa yang singkat.
Dari sudut negatif
pula, penyebaran video atau gambar lucah memberi kesan kepada mangsa yang
terlibat. Orang yang terlibat akan berasa malu dan akan wujudnya fitnah.
Tambahan pula teknologi masa kini juga yang boleh mengedit gambar dan
meyebarkan gambar tersebut dan boleh menyebabkan fitnah dan menjatuhkan maruah
seseorang. Selain itu penyebaran video seperti video lucah juga boleh mengundang kepada
gejala sosial seperti maksiat kerana remaja cenderung untuk meniru apa yang
dilihat dalam video tersebut.
Persoalan:
1.) Adakah video yang
dimuatnaik perlu tapis dan disekat terlebih dahulu?
2.) Apa pandangan anda
dari sudut positif dan negatif tentang penyebaran
video dan gambar?
1. Seperti yang kita tahu negara kita tidak melakukan sekatan internet. Maka situasi ini hanya menjadi tanggungjawab kepada pengguna internet untuk memilih video yang wajar ditonton. Individu juga perlu bertanggungjawab memuatnaikkan video tersebut.
ReplyDelete2. Pada pendapat saya, video yang berguna memberi pengetahuan dan ilmu kepada kita...dan video yang tidak baik sememangnya tidak berguna dan tidak perlu ditonton. Gambar-gambar juga begitu, kerana gambar yang cantik boleh digunakan untuk tujuan tertentu seperti untuk kegunaan tugasan atau pembelajaran dan gambar yang kurang bermoral boleh merosakkan akhlak masyarakat yang melayari internet.
1. Pada pendapat saya sudah semestinya video yang dimuat naik haruslah ditapis terlebeih dahulu supaya ia tidak memudaratkan orang lain apabila menontonnya. Seperti yang kita tahu, pada zaman berteknologi ini, semua peringkat umur boleh mengakses internet tanpa pantauan daripada ibu bapa. Banyak kesan buruk yang sekiranya perkara ini tidak dibendung dan video yang dimuatnaik tidak ada tapisan. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab seharusnya memandang serius perkara ini supaya gejala-gejala negatif tidak semakin berleluasa.
ReplyDelete2. Bagi saya dari sudut positif jika video atau gambar yang dimuat naik merupakan video atau gambar yang memberi pengetahuan kepada penontonnya. Tidak mengandungi unsur-unsur lucah. Manakala kesan negatif sekiranya video atau gambar yang di muatnaik mengandungi kandungan yang berunsur lucah dan tidak mendatangkan faedah.
1. Sekatan terhadap video yang ingin dimuatnaik sangat penting. Hal ini kerana tindakan ini akan menyebabkan keharmonian negara dapat dikekalkan. Isu-isu sensitif yang ingin dikongsi dengan dengan seluruh masyarakat boleh dielakkan daripada berlaku. Pada masa yang sama dapat meningkatkan imej negara daripada tercemar.Justeru itu, hubungan diplomatik dengan negara luar dapat dipertingkatkan tanpa adanya spekulasi yang negatif.
ReplyDelete2.Penyebaran video dan gambar menerusi teknologi terkini mendatangkan kesan positif kepada seseorang individu. Seseorang individu dapat bergaul dan bersosial dengan masyarakat luar. Natijahnya, pengetahuan dapat dikongsi bersam dengan rakan mereka. Namun demikian,individu perlu berwaspada apabila memuatnaik foto di laman sosial. Sebab akan menyebabkan masalah sosial berlaku kepada individu berkenaan.
1. Pada pendapat saya, video yang dimuat naik dalam laman sosial sememangnya perlu ditapis terlebih dahulu. Jika kandungan video mempunyai unsur-unsur yang positif dan boleh membawa manfaat kepada penonton, maka ia boleh dimuat naik. Namun, sekiranya kandungan video mempunyai unsur-unsur yang negatif dan tidak bermoral seperti video porno, sensitiviti kaum dan sebagainya, maka ia perlu disekat. Justeru, pengguna laman sosial bertanggungjawab sepenuhnya ke atas video yang dimuat naik.
ReplyDelete2. Dari pandangan positif, penyebaran video dan gambar dalam internet merupakan satu kelebihan yang dapat menarik perhatian para pengguna internet. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui visual yang dipaparkan pengguna memperoleh banyak pengetahuan dan lebih memahami mesej yang disampaikan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai medium hiburan untuk menenangkan fikiran. Dari sudut negatif pula, penyebaran video yang tidak bermoral sememangnya dapat merosakkan keperibadian individu sehingga tidak mampu menguasai diri, di samping berlakunya jenayah yang melibatkan laman sosial.
1. Penapisan video sememangnya wajar untuk dilakukan berikutan banyak kes sekarang ini yang memuat naik video yang tidak sepatutnya bagi tujuan menjatuhkan orang lain. Sekiranya keadaan seperti tidak dicegah , akan timbul lebih banyak kes individu yang teraniaya iaitu mangsa penyebaran video. Maka, individu yang berniat jahat terhadap orang lain akan mempunyai laluan mudah untuk menjatuhkan orang yang menjadi sasaran mereka. Hal ini kerana kandungan dalam video boleh diolah dan dipalsukan menggunakan teknologi yang ada masa kini.
ReplyDelete2. Jika dilihat dari pandangan positif, aktiviti memuat naik video di laman sosial seperti Facebook dan Youtube boleh membantu dalam perkongsian amklumat dengan rakan lain serta boleh memberi hiburan jika kandungannya beunsur humor. Pengguna internet yang menonton video tersebut juga lebih faham jika video tersebut berunsur maklumat dan ilmu pengetahuan kerana teknik belajar melalui video terbukti lebih berkesan. manakala dari sudut negatif pula, penyebaran video yang tidak sepatutnya akan menjatuhkan imej dan moral rakyat negara kita jika video tersebut tersebar hingga ke negara lain. Justeru, negara lain akan memandang rendah terhadap rakyat negara kita jika penyebaran video tentang perbuatan buruk rakyat negara kita semakin berlaku dengan meluas. Video yang banyak tersebar juga akan menyebabkan individu dalam kandungan tersebut trauma dengan maklumbalas orang yang telah menonton video tersebut. Begitu juga dengan penyebaran gambar yang tidak senonoh akan menyebabkan empunya gambar tertekan dan trauma dengan apa yang berlaku. Tindakan seperti ini akan menjejaskan hidup seseorang. Tindakan menyebarkan gambar tidak senonoh orang lain boleh menyebabkan orang tersebut membunuh diri kerana malu dengan apa yang berlaku. Oleh itu, masyarakat harus berhati-hati dalam memuat naik sebarang bentuk gambar di laman sosial kerana gambar tersebut boleh diubah menggunakan teknologi yang ada pada masa sekarang.
1. Video yang dimuatnaik ke dalam laman sosial sememangnya perlu di tapis. namun begitu, usaha penapisan ini bukan hanya menjadi tanggungjawab pihak kerajaan tetapi pengguna media sosial juga. Hal ini kerana, sebagai pengguna yang bertanggungjawab seharusnya sedar dan berhati-hati dalam memuatnaik video. pengguna perlu peka akan isu-isu yang sensitif agar video yang dimuatnaik tidak mengaibkan seseorang. Selain itu, pengguna juga harus berfikir secara rasional ketika hendak memuatnaik video tersebut, pengguna perlu mempertimbangkan kesan baik dan buruk video yang ingin dimuatnaik. oleh itu, usaha untuk menapis video sememangnya perlu dan usaha ini bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi pengguna juga.
ReplyDelete2. Pada pendapat saya, penyebaran gambar atau video mendatangkan kesan yang berbeza-beza. jika gambar atau video yang disebarkan adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat yang positif maka kesannya juga menjadi positif. contohnya, maklumat yang berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan, kesihatan dan sebagainya. Jika maklumat seperti ini disebarkan menggunakan video atau gambar ianya akan mendatangkan manfaat terhadap pengguna. Namun, jika video atau gambar yang disebarkan bertujuan untuk menjatuhkan maruah seseorang, menyebar ,maklumat palsu dan sebagainya akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap individu yang diaibkan.
Memutnaikkan video di laman sosial untuk perkongsian adalah tidak salah jika kandungan video tersebut tidak menyentuh kepada sebarang sensitiviti. penapisan yang sewajarnya perlulah dilakukan agar tidak timbul sebarang masalah selepas umum menonton video tersebut. pelbagai komen negatif atau positif dapat kita ketahui selepas mereka semua menonton. semua respon yang diperolehi juga adalah membantu kita untuk semakin berhati-hati dalam memuatnaikkan video seterusnya.
ReplyDeletesememangnya kita punya tujuan masing-masing dalam memuatnaikkan video sendiri. namun jika kita tidak memikirkan respon orang lain dan kesan yanag akan diperolehi, maka kita perlulah bersedia untuk menanggung risiko dan perlulah bertanggungjawab.
pelbagai kesan positif dan negatif yang kita perolehi dari video-video yang terdapat di media sosial untuk membantu perkembangan pengetahuan kita dalam isu-isu semasa.
pada pandangan saya, kesan video yang dimuatnaik di media sosial telah memberi banyak pengajaran sama ada kandungan dalam video tersebut mengandungi perkara positif atau negatif. dari segi positif kandungan video tersebut ialah kita dapat mengetahui banyak informasi-informasi yang selama ini kita tidak peka terhadap sesuatu perkara atau sesuatu isu. dengan adanya video yang telah dimuatnaik dalam media sosial, ia dapat membantu kita agar kita perlu peka dan sedar terhadap keadaan disekililing.
ReplyDeletedari segi negatif pula, kesan video yang muatnaik di media sosial telah mempengaruhi fikiran dan tingkah laku seseorang. hal ini disebabkan seseorang itu ingin mencuba sesuatu yang baru atau ingin melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan seperti di dalam video yang dimuatnaik. hal ini amat merisaukan kita apabila generasi-generasi akan datang yang terdedah dengan media sosial.
oleh itu, isu mengenai video yang dimuatnaik di media sosial perlu diberi perhatian oleh setiap orang. pihak bertanggungjawab juga mesti mengambil tindakan tegas dalam menangani hal ini agar tidak berleluasa dan tidak megambil ringan akan hal-hal yang berlaku di media sosial.