Dalam
era globalisasi, komputer merupakan satu medium utama untuk berkomunikasi. Menurut
Susan Herring (1996), CMC merangkumi komunikasi antara dua atau lebih orang
yang berkomunikasi melalui komputer secara berasingan. Justeru, dengan
menggunakan komputer, manusia boleh berkomunikasi antara satu sama lain tanpa
sempadan dan batasan waktu. Dalam pengertian lain, dengan menggunakan komputer
manusia mudah untuk bersosialisasi dengan membina hubungan sesama (Elizabeth Lane Lawley, 1994). Contohnya membina hubungan persahabatan, hubungan romantik dan hubungan profesional atas urusan kerja. Penggunaan komputer sebagai alat komunikasi merupakan satu budaya dalam membina hubungan antara masyarakat kini.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa komputer yang merupakan pengantara komunikasi antara manusia sememangnya mempunyai banyak kekurangan. Antaranya ialah boleh mewujudkan jurang hubungan antara kekeluargaan dan pergaulan dengan rakan-rakan di sekeliling. Menurut Che Su Mustaffa & Nan Zakiah Megat Ibrahim (2014) penggunaan komputer yang terlalu ekstrim boleh menyumbang kepada pepecahan keluarga. Di samping itu, melalui komunikasi menggunakan komputer juga menyebabkan komunikasi yang kurang efektif. Hal ini boleh berlaku apabila pengguna cuba untuk menyampaikan sesuatu mesej tetapi gagal difahami oleh pengguna yang lain. Malah keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya salah faham antara pengguna komputer terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan sensitiviti.
Tidak dinafikan juga, komunikasi melalui komputer boleh menyebabkan tekanan kepada pengguna kerana melalui status yang dipost oleh seseorang individu boleh mempengaruhi emosi dan tindakan pengguna yang lain. Keadaan ini sekali gus membolehkan kita membuat penilaian tentang diri orang lain berdasarkan status mereka. Namun, kadang-kadang penilaian yang dibuat adalah salah.Menurut Amelia Abdul Aziz (1993), setiap maklumat yang dikeluarkan melalui jaringan komputer mempengaruhi pemikiran masyarakat sekali gus mengakibatkan wujudnya pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini boleh menyebabkan perbalahan pendapat antara pelbagai pihak. Sekiranya hal sedemikian berlaku, komunikasi secara bersemuka adalah lebih baik daripada menggunakan komunikasi melalui komputer. Mesej yang disampaikan lebih mudah difahami dan diterima oleh pihak lain di samping dapat mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
Oleh hal yang demikian, setiap individu perlu memikirkan kebaikan dan keburukan menggunakan komputer sebagai alat komunikasi. Tidak salah kita menggunakan komputer sebagai medium berkomunikasi, tetapi kita perlu peka dengan keadaan di sekeliling kita. Jangan biarkan komputer sebagai pemusnah hubungan antara manusia. Konklusinya, setiap lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan teknologi seperti komputer dengan berkesan.
Renungan bersama:
Melalui pengalaman anda, adakah anda lebih selesa berkomunikasi dengan menggunakan komputer atau secara bersemuka? Mengapa?
Sumber:
Aziz, A. A. (1993). Kesan Teknologi Inovasi Kini Ke Atas Sosio-Budaya Masyarakat Malaysia.
Lawley, Elizabeth., L. (1994). The Sociology in Culture Computer Mediated Communication: An Initial Exploration.
Lawley, Elizabeth., L. (1994). The Sociology in Culture Computer Mediated Communication: An Initial Exploration.
Mustaffa, Che., Su. & Ibrahim, Nan., Zakiah., M. (2014). Persepsi dan Penggunaan Media Sosial dari Perspektif Ibu Bapa, Universiti Utara Malaysia.
Komputer menjadi alat perantara dalam komunikasi dilihat sebagai sesuatu yang biasa pada masa kini. Tidak dinafikan dengan menggunakan komputer hubungan bersosial secara bersemuka jarang berlaku dan situasi yang sebenar berbeza dibandingkan dengan komunikasi secara bersemuka. Komunuikasi melalui komputer juga boleh menyebabkan salah faham dan ini boleh menyebabkan konflik boleh berlaku.
ReplyDeleteSaya lebih suka berkomunikasi secara bersemuka kerana dengan komunikasi face to face saya dapat memahami lebih apa yang dibincangkan dengan orang lain. Segala komunikasi lisan dan tidak lisan juga jelas apabila berkomunikasi bersemuka. Komunikasi bersemuka juga boleh menggelakkan salah faham dan memberikan kepuasan dalam diri apabila berkomunikasi secara bersemuka.
hello, in my opinion, the usage of computer as a medium to communicate was really convenience but at the same time can created miscommunication because sometimes what we actually want to say was not the same as what they understand.
ReplyDeletefor me, i'm more comfortable to communicate face to face especially when communicating something that really important to avoid miscommunication from happen.
1. Pada pendapat saya, komputer sebagai medium untuk berkomunkasi banyak mendatangkan kesan sampingan yang positif dan juga negatif. Dari sudut positif, komputer dapat membantu dalam komunikasi tanpa sempadan iaitu pengguna boleh berhubung atau berkenalan dengan sesiapa dan di mana-mana sahaja. Selain itu, berkomunikasi menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dan kos. sebagai contoh, pengguna boleh menghantar email ke luar negara hanya dalam beberapa saat sahaja dan kos penghantaran juga tidak dikenakan. Jika kita menggunakan sistem pos, pengguna perlu membayar kos dan memakan masa yang lama untuk terima surat tersebut. Namun begitu, komunikasi menggunakan komputer ini turut mendatangkan kesan negatif kepada masalah sosial iaitu pengguna akan lebih suka hidup sendirian tanpa bergaul dengan orang ramai. Di samping itu juga, pengguna tegar akan turut terdedah terhadap masalah kesihatan contohnya, apabila pengguna kerap menggunakan komputer dan menghabiskan masa yang lama mengghadap komputer maka pengguna tersebut terdedah kepada penyakit mata iaitu rabun dan sebagainya.
ReplyDelete2. Saya lebih suka berkomunikasi secara bersemuka. Hal ini kerana komunikasi secara bersemuka dapat membantu kita untuk memahami sesorang. selain itu, apabila kita berkomunikasi secara bersemuka kita juga turut melihat pergerakan non-verbal seseorang. Jika kita berkomunikasi menggunakan komputer kita mungkin akan terdedah kepada masalah salah faham iaitu mesej yang kita ingin sampaikan mungkin disalahertikan dan keadaan ini akan menjejaskan sebuah perhubungan.
pada pandangan saya, komputer merupakan salah satu cara untuk memudahkan kita berkomunikasi dengan orang ramai. kita juga dapat berhubung dengan orang ramai sama ada berada di dalam atau di luar negara. namun, teknologi ini juga telah membataskan kita untuk meluangkan masa dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. saya lebih berkomunikasi secara bersemuka untuk memudahkan urusan dan menyelesaikan masalah yang berlaku.
ReplyDeletehye semua. bagi pendapat saya komunikasi secara bersemuka amat penting berbanding dengan komunikasi menggunakan alatan teknologi sebagai contoh komputer. Jika kita berkomunikasi secara berhadapan kita akan tahu emosi, tingkah laku sama ada mereka sedih marah atau sebagainya. Keadaan ini akan menyebabkan kita lebih peka kepada perasaan individu yang lain. Selain itu, apabila kita terlalu bergantung dengan komputer ia akan menyebabkan kita berasa kekok apabila kita berjumpa dengan individu itu. Keadaan ini akan menyukarkan kita sendiri dan pihak yang berkenaan. salah faham juga akan turut berlaku sekiranya mesej yang disampaikan tidak sampai.
ReplyDeleteMasyarakat sekarang jauh berbeza dengan masyarakat dahulu. Perbezaan ini terjadi disebabkan oleh perkembangan teknologi yang semakin moden dari hari ke hari. Cuba kita imbas kembali keadaan masa dahulu. Mengimbau kembali bagaimana mereka berhubung antara satu sama lain. Mereka lebih banyak bersemuka dalam menyampaikan sesuatu mesej berikutan belum wujudnya teknologi canggih yang membolehkan mereka berhubung melalu gadget ataupun komputer. pada masa kini, masyarakat cenderung untuk berhubung dan berkomunikasi melalui komputer. Mereka menjadikan Facebook, Wechat dan WhatApps sebagai laluan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. bagi saya , Berkomunikasi melalui komputer mempunyai kebaikan dari segi menjimatkan masa. dalam keadaan yang sibuk, sukar untuk bersemuka dalam waktu yang ditetapkan. Maka, berhubung melalui komputer merupakan salah satu cara yang pantas untuk berkomunikasi. Walaubagaimanapun, jika terlalu bergantung kepada komputer untuk berhubung juga akan menyebabkan individu tersebut menjadi anti-sosial. Mereka akan menjadi individu yang tidak suka untuk bergaul dengan orang lain dan hanya menghabiskan masa bersendirian. Mereka lebih suka untuk berhubung dengan orang lain melalui komputer dan bukan secara bersemuka. Jika terlalu banyak komunikasi melalui komputer dan bukan secara bersemuka, mesej yang ingin disampaikan akan menjadi samar-samar. Matlamat mesej tidak akan dapat dicapai. Penerima mesej mungkin tidak dapat memahami mesej yang disampaikan melalui komputer. Jika secara bersemuka, lebih senang untuk menyampaikan sesuatu kerana bahasa badan turut memainkan peranan dalam meyakinkan orang yang mendengar.
ReplyDeleteKomputer sememangnya salah satu alat yang digunakan untuk berkomunikasi dengan adanya bantuan rantaian internet. Ini mungkin memberi kebaikan kepada kita kerana ia dapat membantu untuk mewujudkan perhubungan dengan orang yang jauh dari kita misalnya. Akan tetapi bagi orang yang dekat dengan kita,saya berpendapat bahawa medium yang sesuai dalam berinteraksi adalah secara bersemuka. Berinteraksi secara bersemuka adalah lebih berkesan dari segi mesej yang ingin disampaikan.Oleh itu bagi saya,saya lebih memilih untuk berinteraksi secara bersemuka.
ReplyDeleteInteraksi pada zaman sekarang ada dalam pelbagai cara. Bersemuka, chating di media sosial dan sebagainya. Cara interaksi dalam media adalah berbeza berbanding secara bersemuka. Setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan dalam isu ini. Perkembangan teknoligi sering dijadikan alasan setiap orang. Ianya adalah bergantung kepada sesiapa yang lebih cenderung untuk menggunakan cara apa sekalipun untuk berkomunikasi. Komunikasi dan interaksi adalah penting dan digunakan oleh semua orang dalam semua perkara. Kita haruslah bijak untuk berinteraksi dalam komputer dengan secara bersemuka kerana kedua-duanya adalah menggunakan cara yang berlainan. Jika kita hanya banyak berinteraksi dengan menggunakan komputer, tidak hairanlah jika kita akan berasa tidak selesa untuk berinteraksi secara bersemuka. Jadi sebagai konklusinya, kita haruslah bijak dalam kedua-duanya sekali.
ReplyDelete