Tuesday, 10 March 2015

GLOBALISASI DAN PERKEMBANGAN MEDIA BAHARU





Hubungkait antara globalisasi dan perkembangan media baharu menyebabkan pelbagai implikasi kepada individu, masyarakat, dan juga negara. Hal yang sedemikian disebabkan oleh konsep globalisasi ini bermula dalam tempoh masa yang lama. Tambahan lagi, tindakan berkenaan menyebabkan perubahan dalam rangkaian perhubungan dunia dalam masa yang singkat sahaja. Dalam pada itu juga, sistem dalam sesebuah negara dipengaruhi oleh perkembangan media baharu ini. Justeru itu, perkembangan dalam bidang perhubungan dan juga komunikasi sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa 
( Sen,1975).

 Selain itu juga, konsep yang diamalkan berdasarkan teori yang diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah negara. Misalnya, Anthony Giddens, Manuel Castells, dan Karl Marx. Pelbagai cara yang menyebabkan rangkaian perhubungan dalam kalangan individu, masyarakat, dan juga negara berlaku. Natijahnya, pelbagai implikasi yang berlaku dengan adanya perkembangan media baharu berkenaan. Dalam masa yang sama juga, konsep yang diamalkan dalam negara kita berubah kerana berdasarkan kepada konsep serta teori yang telah dinyatakan oleh para falsafah terdahulu (Denise,1995).



Di samping itu juga, perkembangan dalam media baharu mampu menjadikan hubungan dalam konteks masyarakat dapat dikukuhkan. Tindakan ini terbukti apabila masyarakat sekarang menggunakan media baharu ini sebagai jaringan dalam perhubungan dalam kehidupan seharian. Mereka akan berpeluang bersosial dan berkenalan dengan masyarakat luar yang terdiri mempunyai latar belakang yang berbeza.

Misalnya, mereka akan berkongsi minat, cadangan, dan pengalaman yang mana akan membentuk komuniti dalam talian. Secara tidak langsung, perhubungan yang terjalin akan mendatangkan manfaat kepada individu dan juga negara (Hamzah,2001).




Rujukan:


Hamzah, S. E. (2011). Media Baharu yang Baharu: Trend Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna Di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 93-110.


Murray, Denise E., Knowledge Machine : Language & Information in a Technological Society, Longman Publisher, Singapore, 1995



Sen, Amartya, Employment, Technology & Development, Oxford University Press, 1975


9 comments:

  1. 1. Globalisasi menghubungkan manusia dengan mudah dan cepat pada masa kini. Dengan menggunakan segala kemudahan seperti komputer, internet, telefon dan sebagainya menyebabkan setiap manusia dapat berhubung dengan mudah. Melalui penyebaran maklumat dengan menggunakan kemudahan yang berhubung kait dengan globalisasi semua orang memberi maklumat balas pada masa yang sama.

    2. Implikasi yang dihadapi oleh media baharu ialah kemungkinan rakyat terpaksa mengikut perkembangan baru untuk mengelakkan ketinggalan zaman. Hal ini menyebabkan mereka mungkin akan mengalami kejutan budaya. Situasi ini boleh menyebabkan pelbagai masalah sosial akan berlaku dalam masyarakat. Sebagai contoh, kes buli dalam sosial media (FB) dan sebagainya.

    3. Negara kita menggunakan konsep 1Malaysia. Di mana konsep tersebut untuk semua rakyat mempunyai sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain. Hal ini kerana masyarakat di negara kita mempunyai pelbagai kaum, bangsa, agama, budaya dan sebagainya yang harus dijaga bagi keamanan negara. Maka dengan wujudnya teknologi yang canggih semua pihak perlu menggunakan teknologi dengan bijak dari menyentuh sensitiviti perkauman.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. globalisasi berkait rapat dengan perubahan dunia. saya melihat globalisasi dalam konteks sosial dan masyarakat. melalui perubahan, kita dapat melihat kepada bagaimana kita dapat berkomunikasi dan berhubung dengan negara luar ataupun dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang jauh jarak dengan kita mahupun yang tinggal di luar negara.

    ReplyDelete
  4. Globalisasi memberikan kesan yang positif terhadap taraf sosial masyarakat. peningkatan ini disebabkan pendedahan media baru daripada negara yang berteknologi tinggi kepada negara yang sedang membangun. Media baru ini adalah seperti Facebook, wechat, tweeter dan sebagainya. Pendedahan media baru ini dapat meningkatkan lagi taraf hidup menjadi masyarakat yang celik IT dan sebagainya. Individu boleh berhubung antara satu sama lain tanpa ada batasan waktu dan jarak yang jauh. Hal ini telah menyebabkan mereka lebih mudah berkomunikasi antara satu sama lain. selain itu, kemunculan media baru juga meningkatkan taraf pendidikan negara. Pelajar didedahkan menggunakan kemudahan IT untuk proses pembelajaran contohnya mengunakan komputer, internet untuk mencari maklumat dan sebagainya. keadaan ini dapat melahirkan masyarakat yang memiliki intelektual berunsurkan IT dan boleh setanding dengan negara kelas pertama. Oleh itu, saya menyokong bahawa globalisasi dapat memberikan manfaat yang baik terhadap masyarakat dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan pendapat cath, dimana pendedahan media baru dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat yang celik IT. hal ini kerana dengan era globalisasi ini, mereka dapat mempelajari benda baru dan pendedahan ini juga dapat memberi masyarakat berfikir lebih kreatif dan berpandangan jauh.

      Delete
  5. setuju dengan cath. globalisasi memang memberi kesan positif kepada masyarakat. Dengan berkembangnya globalisasi maka teknologi juga turut berkembang. Kehidupan dan taraf hidup masyarakat juga akan semakin maju. maka kita akan dapat menikmati kemudahan dengan teknologi yang semakin berkembang ini

    ReplyDelete
  6. Globalisasi memberi banyak sumbangan kepada negara dari pelbagai aspek. Diantaranya dari aspek perniagaan. Perniagaan semakin berkembang seiring dengan arus globalisasi selepas terciptamya pelbagai jenis teknologi moden yang membantu mempromosikan dan memperkenalkan perniagaan yang terdapat di negara kita kepada negara luar. Dengan adanya rangkaian Internet yang semakin meluas, perniagaan dapat dijalankan dengan negara luar. Pendidikan juga akan semakin berkembang dan maju hingga mampu bersaing dengan pelajar negara luar. sekaligus ekonomi negara akan meningkat.

    ReplyDelete
  7. jarak perhubungan kita sesama manusia adalah menjadi lebih dekat dan mudah dengan wujudnya globalisasi atau dunia tanpa sempadan. Istilah ini telah sinonim denagn perkembangan era moden pada hari ini. Kebanyakkan dalam kalangan kita tidak boleh melakukan perkerjaan tanpa peralatan moden. Banyak perkembangan yang telah memberi keuntungan terhadap banyak pihak setelah wujudnya globalisasi. Perniaan semakin meluas, pendidikan semakin berkembang maju, banyak pengetahuan luar dan barat yang positif dapay diterapkan dengan mudah, dari segi ilmu perubatan pula, banyak peralatan canggih dihasilkan dan sebagainya. Kita juga semakin berada etaraf dengan negara-negara maju yang lain dan semakin berjaya untuk menandingi mereka. Ekonomi negara juga tidak kurang hebatnya dalam mengembalikan modal yang telah dikeluarkan. Taraf kehidupan masyarakat menjadi semakin baik dengan adanya peluang pekerjaan yang semakin banyak.

    Secara koklusinya, perkembangan kita untuk masa hadapan adalah bermula dari masa sekarang dengan adanya globalisasi yang bakal mengubah segala-galanya dengan teknologi yang semakin moden dan canggih.

    ReplyDelete
  8. Globalisasi adalah suatu keperluan pada masa sekarang amnya kepada negara yang maju dan negara yang sedang membangun khususnya. Hal ini kerana kita mengikuti peredaran zaman dari masa ke semasa supaya tidak ketinggalan di belakang. Adalah tidak releven sekiranya masih ada syarikat yang berniaga dengan menghantar egen dari rumah ke rumah untuk menjual produk. Pengunaan media baru dalam memperkenalkan sesuatu produk adalah suatu kaedah yang lebih cepat dan memudahkan proses serta pemasaran produk. Oleh itu kemajuan media baru ini telah memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi sekaligus mengubah ekonomi tersebut menjadi sesuatu yang lebih baik.

    ReplyDelete