“We always overestimate the change that will
occur in the next two years and underestimate the change that will occur in the
next ten .” –Bill Gates.
It’s amazing to see how technology take over
all the business and innovation. Sometimes the changes in the technology that
occur are far beyond our expectation.
Everything becomes digital. Through technology
like internet, we can connect with people from all over the world. But, have
you ever think that it also make us less interact with each other face to face?.
With technology, it is also not impossible that one day all the workers
are robot and a man only work there to give a food to the dog and the dog make
sure the man did not stop the machine. It’s give benefit to the employer, but
the employee will lost their source of money.
Instead of the positive impact that we gain
from the changes that occur in technology, have you ever thought about the
negative impact it gave to us?
So, in your opinion :
1) Based on this video, what do you think about the technology?
2) How does the technology will impact to our future?
3) Does the technology give positive impact or negative impact or both?
1. Berhubung dengan video di atas ...ya..memang tidak dinafikan teknologi sangat berguna dan penting untuk keperluan kita di zaman yang maju pada masa kini. Tanpa teknologi sukar untuk kita berhubung dengan orang luar dan dalam negara.
ReplyDelete2. Dua jenis kesan dari penggunaan teknologi terhadap manusia iaitu kesan negatif dan kesan positif. Kesan negatif di mana manusia akan menjadi malas dan kurang berfikir untuk menjalani sesuatu perkara. Dan ini boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes, darah tinggi, dan sebagainya terjadi dalam diri manusia kerana kurang bersenam disebabkan penggunaan teknologi yang berlebihan dalam kehidupan seharian mereka. Kesan positifnya, manusia boleh menjimatkan masa dan bertindak dengan lebih cepat kerana semua perkara di hujung jari apabila menggunakan internet. Manusia juga cepat mengetahui isu semasa baik di dalam atau di luar negara.
3. Pada pendapat saya segala sesuatu ada baik buruknya bergantung dengan cara individu itu sendiri menggunakan teknologi. Jika bijak menggunakan teknologi maka banyaklah kebaikan yang diperolehi dan sebaliknya jika kurang bijak menggunakan teknologi. Semuanya bergantung dengan individu itu sendiri. Sikap pengguna yang penting bukannya teknologi. Teknologi hanya membantu untuk memudahkan manusia. :-)
Pada pendapat saya, dalam era globalisasi kini teknologi sangat penting dalam kehidupan seharian. kebanyakan masyarakat khususnya remaja menggunakan media sosial sebagai alat untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan. dengan adanya aplikasi baharu seperti Facebook, whatapp, wechat dan sebagainya dapat memberi kemudahan untuk berkomunikasi walaupun dalam jarak yang jauh. Selain itu, teknologi juga turut memainkan peranan dalam bidang industri. kebanyakan kilang pembuatan telah mengaplikasikan penggunaan teknologi canggih untuk membuat pengeluaran bahan yang lebih produktif. sebagai contoh, pengeluaran kenderaan pada zaman dahulu hanya sedikit, namun sekarang tahap pengeluaran menjadi lebih banyak. Oleh itu, teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Namun begitu, teknologi juga memberi kesan yang buruk terhadap moraliti masyarakat. masyarakat masa kini lebih menggunakan media sosial untuk menyebarkan fitnah dan menyebarkan berita-berita palsu. Di samping itu juga, dalam industri pengambilan tenaga kerja juga turut berkurang kerang wujudnya peralatan mesin yang canggih.
ReplyDeletePerkembangan teknologi mendatangkan kesan yang negatif kepada pembangunan negara. misalnya dalam bidang perubatan. hal yang demikian disebabkan oleh kos untuk mengimport barangan dalam bidang ini tinggi. Negara kita terpaksa memperuntukkan jumlah perbelanjaan yang besar dalam bidang ini. Seperti mengimport mesin perubatan, ubat-ubatan, serta pakar perubatan yang mahir. Tambahan pula, teknologi yang digunakan dalam bidang ini boleh mengakibatkan tahap kesihatan masyarakat semakin rendah. Disebabkan kos perubatan yang dikenakan terlalu tinggi, masyarakat tidak mampu untuk membayar pembiayaian berkenaan. Pada masa yang sama juga, pakar perubatan mahupun pihak kesihatan akan mengambil kesempatan terhadap pesakit. Contohnya, membuat pemeriksaan dengan tidak teliti dan mengenakan bayaran tinggi.
ReplyDelete1. Pada pendapat saya teknologi boleh memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat serta berinformasi. Melalui teknologi kerja-kerja manusia dapat diselesaikan dengan pantas dan mudah. Malah teknologi komunikasi akan merapatkan jurang antara negara, kita boleh mengakses ke serata tempat untuk mendapatkan maklumat.
ReplyDelete2. Selain itu, dengan kewujudan teknologi ia mampu membuka peluang kepada masyarakat dunia untuk menikmati hidup yang lebih selesa, aman dan mudah. Contohnya pada zaman sekarang dapat dilihat perkembangan teknologi komunikasi sendiri telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat seluruh dunia. Terdapat syarikat-syarikat besar seperti multinasional corporation telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Teknologi bukan sahaja memudahkan hidup, kerja dan menjadikan sesebuah masyarakat itu sebagai satu masyarakat yang bermaklumat.
Teknologi juga sedikit sebanyak mendatangkan keburukan kepada manusia. Hal ini kerana mereka terlalu bergantung dengan teknologi sehingga menyebabkan mereka semakin malas. Contohnya tiada lagi aktiviti luar yang dijalankan oleh remaja sekarang tetapi lebih kepada aktiviti di dalam rumah seperti bermain ipad dan sebagainya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete1. Berdasarkan video di atas, teknologi merupakan satu kemudahan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Penggunaan teknologi biasanya berkait rapat dengan internet, seperti facebook, wechat, whatsapp dan twitter. Melalui aplikasi-aplikasi berkenaan yang disambung dengan internet, ia dapat menghubungkan manusia tanpa mengira sempadan dunia dan batasan waktu.
ReplyDelete2. Teknologi sememangnya memberi kesan kepada masa depan kita. Contohnya, penggunaan teknologi membantu dalam meningkatkan produkiviti dalam sebuah negara. Di samping itu, teknologi moden memberi keselesaan kepada pekerja terutamanya dalam bidang seperti perubatan, pembuatan, dan pengajaran kerana ia memudahkan kerja-kerja mereka. Walaubagaimanapun, teknologi juga boleh memudaratkan pengguna kerana terlalu bergantung sepenuhnya kepada teknologi.
3. Pada pandangan saya, tidak dapat dinafikan bahawa teknologi memberi kesan positif dan nagatif kepada manusia. Namun, kesan-kesan yang diperoleh bergantung kepada pengguna itu sendiri sama ada mereka bertanggungjawab menggunakan teknologi dengan baik atau menyalahgunakan teknologi yang sedia ada. Dari sudut kesan positif, teknologi sememangnya dapat membantu dalam banyak perkara seperti dapat menghubungkan manusia daripada pelusuk dunia dan memudahkan kerja-kerja. Manakala kesan negatif, teknologi yang disalahgunakan sememangnya boleh merosakkan akhlak individu di samping berlakunya jurang komunikasi secara bersemuka antara manusia.
saya bersetuju dengan pendapat Khutie dan Mikha bahawa teknologi memberi kesan positif mahupun negatif bergantung kepada individu itu sendiri. teknologi digunakan pada masa kini untuk mengikut rentak perendaran masa yang semakin maju dan moden. malah penggunaan teknologi dalam masyarakat juga menunjukkan bahawa kita tidak ketinggalan zaman. namun begitu,setiap individu memainkan peranan besar dalam menggunakan teknologi kini agar berhati-hati dengan setiap teknologi yang ada dihadapan mata. hal ini kerana, sesetengah orang mudah terpengaruh dengan dunia siber hingga menyebabkan mereka sukar untuk memilih perkara yang baik atau buruk dalam menggunakan teknologi terkini..
ReplyDeleteFrom my personal point of views, technology had contributed much to socialisation . Means that people are more likely to socialise among themselves using online applications such as WhatApps and Wechat rather than having a live conversation . Having a live conversation refer to a situation whereby the people are talking face to face . However, with the advancement of technology nowadays, people tend to be an anti-social . Anti-social is when the person refuse to socialise with others just because they more prefer to online at own private area such as bedroom. Technology makes people anti-social as they are willing to enjoy the existence of technology by make sure they are not missing to have one of it. Such as a desire to have an Ipad, Iphone and other advance technology in order to compete with their pals. However, if we see from a positive side on how technology can give benefit to people is through the connection and access that we have. No more hard times for us to reach the people that far from us through line such as video call, Facebook, instant messages and so on . That is how technology helps to connect us with people around us. So, the business deal, sharing informations, work discussion and sending news are getting more easy and fast through the advancement of technology .
ReplyDeleteTo see how technology can impact our future is by taking the side of development . Technology is one of the element to help one's country much developed than other country . With the advancement of the technology that one's country have, the country can be more productive and modern in future . As the time pass by, the technology become more advance and the result in future might be change much in term of society skills and thinking . When the technology are getting advanced, the human thinking and skills are getting advance too. Then, the birth of modern society will floating in future as more advance technology are invented. Thus, the development and economy of the country will become much better in future with the advancement of thinking and skills of the society.
ReplyDeleteBerdasarkan video di atas, teknologi merupakanperkembangan kemudahan yang sedang membangun dan penting dalam kehidupan. Penggunaan teknologi biasanya berkait rapat dengan internet dan seumpamanya. pelbagai media sosial yang lahir dari internet juga mampu menghubungkan manusia sesama manusia dengan mudah serta menjimatkan masa.
ReplyDeleteSememangnya perkembangan sesebuah teknologi itu meninggalkan kesan kepada kita. Contohnya, penggunaan teknologi membantu mentaliti masyarakat dalam menambahbaikkan sesebuah produkiviti dalam pembangunan sebuah negara. Di samping itu, teknologi moden memberi kemudahan yang pelbagai dalam pelbagai bidang seperti i perubatan, pembuatan, dan pengajaran kerana ia memudahkan kerja-kerja mereka. Walaubagaimanapun, teknologi juga boleh memudaratkan pengguna kerana terlalu bergantung sepenuhnya kepada teknologi seperti masalah sosial jika ianya tidak dibendung dengan baik serta tiada pemantauan.
Saya tidak menafikan bahawa perkembangan era teknologi memberi kesan positif dan nagatif kepada manusia. ia sebenarnya adalah bergantung kepada pengguna itu sendiri samada menggunakan untuk kebaikan mahupun untuk sebaliknya. kesan yang diperolehi juga tidak dinafikan akan memudaratkan diri sendiri jika disalah gunakan....
Hi...Sesuatu yang dicipta adalah untuk memberi kita lebih kebaikan dan kepuasan kepada kita. Teknologi ini dicipta bagi memudahkan urusan kerja,menjimatkan masa,memberi pengetahuan yang luas kepada semua. Sudah semestinya teknologi ini memberi gambaran yang positif kepada kita.Akan tetapi mengapa teknologi ini dianggap negatif??renung sejenak.ingat cara penggunan kita. Kalau kita menggunakan teknologi bagi tujuan yang negatif maka sesuatu yang negatif akan terjadi.Manakala pengunaan yang positif semestinya memberikan hasil yang positif.So pilihan itu adalah di tangan anda dan berfikir menggunakan akal yang waras..
ReplyDelete