Thursday, 26 March 2015

PANDANGAN TERHADAP BERITA DAN BLOG



            Kemunculan Information and Communication Technology (ICT) telah merubah cara kita berkomunikasi, cara kita berinteraksi dan seterusnya cara kita mendapatkan berita atau hiburan. Jika dulu, kita perlu kedai untuk membeli surat khabar untuk mendapatkan berita semasa. 
          Namun kini, dengan adanya ICT telah memberi banyak kelebihan kepada kita semua. hampir semua surat khabar di Malaysia boleh diakses melalui internet seperti Kosmo Online, Utusan Malaysia, Berita Harian dan banyak lagi. kemunculan ini telah memberi banyak kelebihan atau manfaat kepada orang ramai terutamanya dari segi pendidikan. di samping itu, banyak berita semasa yang dipaparkan dalam berita dalam talian ini sama ada dalam atau luar negara. bukan itu sahaja, blog juga turut memaparkan berita-beita semasa kepada orang ramai dan tidak hanya fokus kepada sesuatu subjek sahaja. namun begitu, terdapat juga keburukan sekiranya berita dalam talian tidak dipantau. hal ini demikian kerana, banyak maklumat atau berita daripada segetir pihak telah dimanipulasikan semata-mata untuk mendapat publisiti dan sebagainya. pertindihan maklumat atau berita dipaparkan dalam talian juga turut berlaku akibat daripada sumber yang tidak tepat.

berikut merupakan perbezaan berita dalam talian:
1)berita dalam blog


http://blogberitaonline.blogspot.com/


2)berita dalam talian sahaja



http://www.malaysiakini.com/

3)berita dalam dua edisi-percetakan dan dalam talian




http://www.malaysiakini.com/ 
 apakah pandangan anda semua terhadap berita dalam talian berdasarkan contoh di atas.
sila jawab berdasarkan soalan yang diberikan.
1)apakah yang menjadi amalan baik dan tidak baik berita dalam talian?
2)sejauh manakah pendapat atau komen pembaca berita dalam talian dibenarkan?
3)Laman web manakah yang anda syorkan kepada orang ramai dan mengapa?




10 comments:

  1. Sesuai dengan peredaran masa, perkembangan dunia teknologi turut membentuk budaya masyarakat menjadi lebih mesra teknologi. Jika dahulu untuk mendapatkan maklumat tentang isu semasa, masyarakat akan mencari surat khabar terlebih dahulu. Namun, kini dengan adanya kemudahan media baru maklumat isu semasa boleh di akses di internet kerana kebanyakan industri persuratkhabaran telah mengadaptasikan kemunculan media baru ini contohnya berita secara online. Pada pendapat saya, berita secara online ini mampu memberikan kepuasan kepada pengguna kerana berita online mudah dan senang diakses. Isu yang dilaporkan juga masih "fresh". Namun, berita online ini juga turut mendatangkan kesan buruk kepada akhbar bercetak kerana masyarakat lebih merujuk kepada berita online. Selain itu, berita online ini juga memudahkan interaksi dua hala iaitu pembaca juga boleh memberi pendapat tentang isu tersebut. Pada pendapat saya, interaksi dua hala melalui berita secara online ini sangat penting kerana kita dapat melihat tindakbalas daripada orang ramai terhadap isu tersebut selain dapat melihat pendapat yang diutarakan oleh masyarakat. Sehubungan dengan itu, saya lebih tertarik dengan laman web myMetro kerana ia dapat memberi kepuasan terhadap isu yang dilaporkan. Di samping itu, myMetro turut menggunakan cara yang tersendiri untuk menarik perhatian pembaca contohnya pemilihan tajuk 'headline' yang menghiurkan, gambar yang menarik dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. Berita yang disiarkan secara talian mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat. Pertamanya, masyarakat dapat mengetahui perkembangan serta isu semasa dalam negara mahupun luar negara. Maklumat yang diperolehi daripada sumber berita berkenaan akan dikongsi bersama saudara mahupun rakan-rakan. Tindakan ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada masyrakat untuk menyebarkan informasi dan bertukar pendapat serta idea mereka. Natijahnya, perkongsian informasi berkenaan akan merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat. Pada masa yang sama juga, masyarakat dapat menjimatkan masa untuk menikut perkembangan terkini dengan hanya mengakses berita melalui talian. Tambahan lagi, boleh mengurangkan kos untuk pembelian akhbar.

    Namun demikian, berita yang disiarkan secara talian ini juga dapat mendatangkan implikasi yang negatif kepada syarikat penyiaran dan penerbit. Hal ini kerana, pengurangan dalam pembelian akhbar menyebabkan kejatuhan bilangan akhbar di pasaran. Dalam pada itu juga, siaran berita dalam talian akan mengundang pelbagai spekulasi dalam perhubungan perniagaan. Hal ini disebabkan setiap syarikat penerbitan dan penyiaran akan bersaing untuk menyiarkan berita yang hangat. Tindakan ini secara tidak langsung akan menyebabkan imej dalam sesebuah syarikat akhbar menurun.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Perkembangan ICT sememangnya membawa impak yang besar kepada masyarakat. Sebagaimana yang kita tahu, penerbitan berita secara online masa kini membolehkan pengguna mendapatkan isu semasa secara terus tanpa mengira waktu dengan bantuan akses internet. Keadaan ini membantu pengguna mendapatkan informasi dengan segera kerana dapat menjimatkan masa. Berita secara online juga memberi peluang kepada pembaca untuk memberi respon serta komen terhadap berita yang disiarkan. Keadaan ini sekali gus membolehkan pihak yang menyiarkan berita secara talian dapat berinteraksi dengan pembaca di samping mengetahui keperluan dan kehendak para pembaca.

    Dari aspek komen yang diberikan oleh para pembaca berita, tidak dinafikan sememangnya terdapat komen yang positif dan negatif daripada mereka berkenaan isu-isu yang disiarkan. Pada pedapat saya, pembaca lebih cenderung memberi komen dangan mengkritik berita -berita yang disiarkan. Keadaan ini berlaku disebabkan perbezaan pendapat antara pelbagai pihak sehingga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai spekulasi. Justeru, saya menyarankan agar semua pengamal media sentiasa bersifat terbuka serta matang jika ingin memberi komen dalam berita online.

    ReplyDelete
  5. perkembangan dalam bidang teknologi telah mewujudkan berita atas talian (online news) di mana pengguna dapat mendapatkan informasi dengan lebih pantas tanpa perlu membeli surat khabar yang bercetak. namun begitu, kesahihan berita atas talian tidak boleh kita percaya 100%. bagi saya, berita atas talian hanyalah berfungsi dalam mendapatkan maklumat sahaja. kita perlu berhati-hati memilih sama ada berita atas talian adalah sahih atau tidak.

    ReplyDelete
  6. Pada pandangan saya, yang menjadi amalan baik berita dalam talian ialah kita dapat mencari berita dengan cepat. Tetapi yang menjadi tidak baik ialah bila berita yang disiarkan dalam talian tersebut tidak benar dan tidak berkualiti dari segi tapisannya.
    Sejauh manakah pendapat atau komen pembaca berita dalam talian dibenarkan? Itu mengikut pembaca sendiri.
    Bagi saya, saya tidak akan mengesyorkan laman web kepada sesiapa kerana setiap orang mempunyai minat dan pilihan sendiri. Pada masa yang sama saya tidak berminat membaca berita di talian kerana saya lebih memilih berita dari bahan cetakan.

    ReplyDelete
  7. bagi saya amalan yang baik dalam membaca melalaui online ini dapat menjimatkan masa dan wang. Setiap orang apabila membeli surat khabar mereka hanya membaca sesetengah bahagian sahaja. Tetapi apabila membaca secara online mereka akan memilih untuk membaca apa yang mereka mahukan sahaja.
    Setiap pembaca apabila mereka komen sesuatu isu di dalam talian adalah menjadi tanggungjawab mereka sendiri. Sesuatu isu tersebut akan menjadi semakin buruk sekiranya mereka menyentuh isu-isu perkauman yang berada di Malaysia. Kebeasan ini semua masih belum ada pada negara kita.
    Bagi saya tiada laman web yang khusus boleh saya nyatakan di sini. cukuplah ianya memberi informasi yang berguna kepada saya dan tidak banyak iklan yang dipaparkan. Kadang-kadang ada sahaja blogger yang memaparkan iklan dalam blog mereka untuk mengaut keuntungan.

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya, kemunculan ICT ini telah memberi impak yang besar kepada medium berita kerana berita bukan hanya dicetak secara bertulis tetapi juga di terbit secara atas talian. Oleh itu syarikat pengeluaran berita harus memikirkan cara yang terbaik dalam menyelesaikan penerbitan berita secara win-win situation. Hal ini dimana berita atas talian dikeluarkan dan kesinambungan berita tersebut berada diterbitkan pada akhbar bercetak pula, Hal ini dapat dibuat supaya berita bercetak tidak pupus ditelan arus permodenan. Selaras dengan itu juga penambahbaikan dari masa ke semasa grafik media perlu dipertingkatkan. Pembaca lebih tertarik untuk membaca berita yang lebih memberi tarikan dari segi gambar yang sesuai dengan teks yang lengkap.

    ReplyDelete
  9. penerbitan akhbar atas talian yang kian meluas pada masa kini semakin mendapat tumpuan umu. Hal ini kerana memudahkan semua orang dan menjimatkan masa. Semua berita yang disiarkan adalah berkesan dan semua pembaca berpuas hati kerana ia banyak yang bertepatan dengan isu tersebut. tiada unsur penipuan dalam penyampain berita. Walaubagaimanapun, penerbitan media akhbar bercetak masih menjadi permintaan umum. Sebagai cadangan saya, kita boleh menarik perhatian pembaca untuk membeli dengan meletakkan tajuk yang lebih menarik di muka depan akhbar. Segala informasi yang dinyatakan pula adalah benar dan tiada pemalsuan mahupun menyembunyikan sesuatu yang penting.

    ReplyDelete
  10. Berita dalam blog kadang kala tidak boleh dipercayai kerana lebih banyak kuah daripada isi bak kata pepataH. Lebih banyak berita palsu, berita benar pula hilang entah kemana. Berita palsu yang ditambah bertujuan untuk menjadikan bolg tersebut lebih sensasi dan menarik perhatian. Hal ini kerana manusia lebih tertarik untuk mengetahui berita yang ekstrem berbanding berita yang natural sahaja. Berita yang natural dianggap agak boring dan tidak mampu untuk menarik perhatian serta tidak mempunyai unsur pemujukan. Unsur pemujukan untuk meraih lebih ramai pembaca blog tersebut. Jika semakin ramai yang percaya akan berita di blog, kebenaran sesuatu perkara atau cerita sukar diketahui. Ditambah lagi dengan komen-komen negatif daripada pihak luar. Sebagai contoh, kes langgar maut di lebuhraya DUKE yang melibatkan MYVI. Kini, hampir semua pengguna MYVI dipanggang serong oleh masyarakat. Berita tentang mereka disebarkan di blog dan laman sosial yang lain secara berleluasa hingga hampir 1 Malaysia membenci pengguna MYVI.

    ReplyDelete