Tuesday, 28 April 2015

PENULIS BLOG Vs WARTAWAN




Penulis blog adalah seorang individu yang mengurus blognya sendiri dengan caranya sendiri. beliau mampu menulis apa sahaja yang terdapat dalam fikirannya berdasarkan pelbagai sumber termasuk berita. Penulisannya juga tidak ditapis oleh sesiapa sebelum dipaparkan kepada umum.

Wartawan pula merupakan sekumpulan orang yang mempunyai hak dalam membuat liputan isu semasa. Kes-kes yang dikendalikan oleh mereka akan ditapis dan mendapat perhatian ramai. Gaya penulisannya juga berbeza daripada seorang penulis blog. Isu yang disampaikan juga tepat dan sahih.

  1. Pada pandangan anda, adakah wajar kita selaku pembaca mendapatkan semua info daripada blog semata-mata?
  2. Adakah anda mempercayai bahawa blog menyampaikan isu semasa dengan tepat dan berkesan.?
  3. Wartawan menulis berita dengan menyampaikan isu terkini dan tiada penyelewengan maklumat ?
  4. Wartawan lebih bijak dalam mengendalikan berita semasa berbanding penulis blog?
  5. Antara dua sumber tersebut, yang manakan anda lebih terpengaruh?











Monday, 27 April 2015

Hak Kebebasan Beragama- Isu Penurunan Salib di Taman Medan



Sebilangan penduduk yang memprotes salib di Taman Medan, Petaling Jaya (sumber: The Star Online)



Sudah terang lagi bersuluh, hak kebebasan beragama di Negara kita Malaysia saban hari semakin tergugat. Baru-baru ini, isu penurunan salib di Taman Medan, Petaling Jaya menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Menurut sumber daripada The Star Online, sekumpulan penduduk yang mendiami Taman Medan menjalankan protes terhadap sebuah gereja baru di kawasan berkenaan. Hal ini kerana mereka bimbang terhadap jemaah gereja yang meletakkan salib di luar bangunan gereja berkenaan mencabar penyebaran agama Islam dan boleh mempengaruhi golongan anak muda Islam di kawasan Taman Medan.

Berdasarkan Helen Ang’s blog (https://helenang.wordpress.com/2015/04/20/taman-medan-evangelistas-and-church-crosses-the-spore-and-china-experience/), penulis blog ini mempersoal bahawa gereja yang beroperasi di Taman Medan berkenaan tidak mempunyai permit yang sah. Tambahan lagi, penulis blog menyatakan bahawa penduduk Melayu di Taman Medan membantah salib yang diletakkan di gereja berkenaan, malah mereka juga mencerca golongan evangelist atau penginjil di gereja berkenaan sebagai golongan yang ekstremis, fanatik agama dan sangat membencinya.
  

Saturday, 25 April 2015

 PERKEMBANGAN MEDIA BARU + ISU LGBT 

(LESBIAN,GAY,TRANSGENDER)



Kini, seiring dengan perkembangan teknologi pelbagai perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Perubahan ini dapat menimbulkan seribu persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai impak perkembangan teknologi pada hari ini (Zosky, 2008).


Hal yang demikian kerana, gejala sosial dalam kalangan masyarakat semakin ketara sehinggakan menyebabkan peningkatan kadar jenayah. Moraliti dalam kalangan masyarakat juga turut terhakis disebabkan pengamalan budaya sonsang dalam kehidupan mereka. budaya ini menyimpangkan pemikiran masyarakat terhadap kegiatan yang tidak bermoral dengan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat sehinggakan melanggar ajaran agama (Owoyemi, M. Y., & Sabri, A. Z. S. A, 2008).

Berikut antara blog yang mempersoalkan tentang isu lesbian, gay, dan transgender (LGBT) dalam kalangan kalangan masyarakat. Buah fikiran dan pendapat mengenai isu ini diutarakan oleh masyarakat dalam blog berkenaan. Adakalanya, pendapat yang diberikan berkenaan dengan isu ini agak sensitif kerana ada dalam kalangan masyarakat bersetuju dan membangkang isu ini diamalkan (Hayes, A., & Stewart, J. Hilton , 2010).

  •  xhomomalaysia.blogspot.com/2008/07/apa-itu-homoseksual.html

Blog ini menerangkan tentang kajian mengenai pelaku homoseksual mempunyai ciri berlainan secara biologi. Antaranya ialah kajian yang dilakukan oleh Simon LeVay ,1991 dan Dean Hamer,1993. Penulis juga menerangkan tentang faktor-faktor terjadi LGT dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah, dari aspek kekeluargaan, persekitaran, dorongan individu, dan juga aktiviti seksual.

Kebanyakan masyarakat yang memberi komen dalam blog ini tidak bersetuju dengan isu LGBT ini kerana menyebabkan keruntuhan moral dan tamadun masyarakat, penyebab penyakit wabak ,dan wujudnya diskriminasi terhadap golongan ini. Pada masa yang sama juga, kritikan terhadap golongan ini kerana melanggar ajaran agama. Hal ini menyebabkan golongan ini berasa tertekan dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Misalnya, dalam bidang kerjaya. Golongan ini minoriti jarang diterima dan diambil bekerja di organisasi kerana personaliti mereka. Tindakan ini secara tidak langsung menyebabkan mereka sukar berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat sekeliling kerana malu dengan personaliti mereka. Tambahan lagi masayrakat sering memandang serong dan berfikiran negatif terhadap golongan ini. Adakalanya, mereka akan mengambil tindakan di luar kawalan disebabkan terlalu tertekan.

Penulis menggalakkan semua lapisan masyarakat memberi pandangan dan cadangan mengenai isu berkenaan. Idea dan cadangan ini akan mendatangkan impak yang besar untuk pembaca. Hal ini kerana, pembaca akan mudah untuk mendapat informasi berkaitan dengan isu ini dengan adanya penulisan dalam blog. Secara tidak langsung, penulisan ini akan mengubah persepsi mahupun pandangan masyarakat terhadap golongan ini. 

 
 
 
Blog kedua ini pula,menerangkan tentang pendapat masyarakat mengenai isu transgender yang 
semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat. Isu yang difokuskan dalam blog ini ialah isu pengkid dalam kalangan masyarakat. Hak dan kebebasan golongan ini kurang diambil perhatian oleh pihak terbabit. Keadaan ini menyebabkan golongan ini membuat laman sendiri (website) yang berkaitan dengan isu ini. dalam penulisan blog berkenaan, pelbagai idea dan pengalaman yang dikongsi bersama dengan pembaca. Adakalanya, mereka merintih dan kecewa kerana ada segelintir masyarakat memberi layanan yang tidak sepatutnya sehinggakan ada yang memberi kata-kata kesat kepada mereka.
 
Contoh komen yang diberikan oleh pembaca:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dalam pada itu, penulis blog ini membenarkan semua masyarakat memberi pandangan tentang isu ini disebabkan isu ini salah satu isu hangat yang diperkata pada masa sekarang. Penulis membuka ruang untuk masyarakat menyuarakan pendapat mahupun cadangan dalam menangani isu ini dari menular.
 
Kebanyakan komen yang diberikan oleh pembaca terhadap golongan pengkid ini pelbagai yang mana ada yang menyokong dan membantah dengan kewujudan kumpulan ini di negara kita. Bagi mereka yang menyokong kewujudan kumpulan ini, mereka menyatakan yang kumpulan ini sewajarnya diberi hak kerana masyarakat bebas dalam memilih identiti masing-masing.  Namun demikian, golongan ini perlu menjaga tindakan dan tingkah laku dengan tidak melanggar dalam batas agama dan norma masyarakat. Kenyataan ini dinyatakan bagi mereka yang memberi komen dengan membantah kewujudan kumpulan ini.


Rujukan:
 
Ressler, P. (2008). Report on Focus Groups “Benign Heteronormativity Limits LGBT Students’ Social and Academic Engagement” By Paula Ressler and Diane Zosky.
 
 
Owoyemi, M. Y., & Sabri, A. Z. S. A. (2008) LGBT, Nature or Ideology?: Sharing the Experience of a Former Practitioner in Malaysia.
 
 
Hayes, A., & Stewart, J. Hilton (2010), Coliseum reopened for crowd.



    Thursday, 9 April 2015

    Identiti Vs Media baru





    Identiti sering dikaitkan dengan personaliti dan individu. Persoalan yang selalu dikaitkan dengan identiti ialah Who I am? I think therefore I am? Gambaran tentang identiti tersebut merupakan pandangan kita terhadap diri kita sekiranya kita ingin mengetahui siapakah kita. Semua jawapan yang menjawab kepada persoalan di atas adalah merujuk kepada identiti.

    “Your personality style is your organizing principle. It propels you on your life path. It represents the orderly arrangement of all your attributes, thoughts, feelings, attitudes, behaviors, and coping mechanisms. It is the distinctive pattern of your psychological functioning—the way you think, feel, and behave—that makes you definitely you.”


    Media baru merupakan alat komunikasi yang  menggunakan teknologi komputer dengan bantuan internet. Media baru adalah terdiri daripada laman web, laman sosial, email, dan semua yang berkaitan dengan rangkaian elektronik. New media atau media baru telah mengubah  orang dalam kehidupan seharian. Kemunculan media baru ini telah mempengaruhi seseorang dalam menunjukkan identiti diri. Kebanyakan media baru dapat memanipulasikan watak sendiri kepada yang lain. Sebagai contoh, seseorang menggunakan gambar yang berbeza di facebook daripada identiti diri yang sebenar. Kebiasaannya mereka akan menggunakan media sosial ini untuk kepuasan diri mereka. Ini dapat dikaitkan dengan uses and gratification theory. It presents the use of media in terms of the gratification of social or psychological needs of the individual (Blumler & Katz 1974). Individu menggunakan media sebaik mungkin untuk kepuasan diri mereka. Oleh itu media baru dapat membantu dalam menunjukkan personaliti seseorang yang mungkin sama pada personaliti sebenar dan mungkin juga berbeza.

    Rujukan:
    http://www.merriam-webster.com/dictionary/identity

     http://personalityspirituality.net/articles/what-is-personality/#sthash.rNflqPph.dpuf

    http://en.wikibooks.org/wiki/Communication_Theory/Uses_and_Gratifications

    DUNIA VIRTUAL SECOND LIFE



              Pada kali ini, sekali lagi kita akan bincangkan satu lagi topik yang menarik iaitu mengenai satu permainan video yang dikenali sebagai Second Life. Second Life mula wujud pada 23 Jun 2003 dan menurut pemilik second life iaitu Linden Lab, sehingga kini, permainan video ini telah mempunyai hampir 1 juta pengguna tetap. Second life ini lebih kepada dunia sebenar atas talian (online virtual world) dimana pengguna (juga dikenali sebagai residents) akan mencipta diri mereka di dalam dunia second life ini yang dikenali sebagai avatar dan dapat berkomunikasi secara langsung dengan avatar-avatar yang lain. Selain itu, pengguna juga boleh meneroka dunia (dikenali sebagai grid), bersosial, membina dan mencipta peralatan dan pakaian, mnyediakan servis dan melakukan urusan jualan secara virtual dengan avatar-avatar lain.




              Berdasarkan pemerhatian saya terhadap dokumentari yang memaparkan kisah pengguna second life, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan mereka terus bermain dengan permainan ini. Ada yang bijak menjadikan permainan ini sebagai sumber kewangan dimana terdapat pengguna memperoleh sumber pendapatan dengan melakukan perniagaan dalam dunia virtual second life menggunakan Linden Dollar.
    Ada juga yang mencipta avatar dan dirinya yang sebenar berbeza dari segi fizikal. Second life telah memberi peluang bagi seseorang untuk memiliki tubuh badan yang lebih ramping dan ideal dimana di dalam dunia sebenar beliau tidak dapat jadi seperti itu. Mengapa ini berlaku? Adakah pengguna tidak yakin dengan penampilan diri sendiri atau mereka merasakan avatar-avatar lain hanya akan menerima mereka sekiranya mereka cantik?

              Ada juga yang terlibat dalam perhubungan cinta setelah bermain permainan video ini. Perhubungan cinta yang di bawa ke dunia sebenar dan menjadikan ia realiti. Ada juga yang menggunakan identiti orang lain sebagai contoh di dalam dunia sebenar adalah seorang lelaki tetapi di dalam dunia virtual second life, avatarnya adalah kanak-kanak perempuan. Bagi saya, pengguna second life ini menjadikan permainan ini sebagai satu medan untuk mereka mengekspresikan diri mereka dan identiti mereka yang tidak dapat ditunjukkan dalam dunia sebenar.
              Namun, apabila seseorang itu menghabiskan masa hampir 15-20 jam sehari untuk bermain permainan video ini, adakah anda rasa ianya sesuatu yang normal dan sihat? Berinteraksi hanya dalam dunia virtual dan bukannya dalam dunia sebenar. Tidak berhubung dengan dunia luar semata-mata meberi fokus kepada permainan ini. Bagi saya, perkara ini harus dipandang serius dan perlu ada pihak yang memberikan kesedaran kepada pengguna-pengguna tegar pemainan second life ini untuk mengubah cara hidup mereka. menurut salah satu artikel yang ditulis dalam website Cara, Trik & Tips pada 13 Januari 2015, penulis memberikan beberapa tips dan cara bermain game dengan menyesuaikan waktu iaitu bermain game dengan batasan, menghindari game yang memerlukan penyelesaian yang sangat lama atau tidak terbatas dan bermain dengan cepat.

    rujukan:
    http://en.wikipedia.org/wiki/Second_Life

    http://scaratriktips.blogspot.com/2015/01/tips-dan-cara-bermain-game-dengan.html