Thursday 7 May 2015

GAMES DAN KAPITALIS , DIMANAKAH KERELEVANANNYA ?

       Perkembangan ilmu dan teknologi yang semakin pesat ternyata membawa kepada perubahan dalam segala lapisan masyarakat. Kreativiti manusia semakin berkembang sehingga mendorong kepada penemuan-penemuan baru dalam teknologi yang dapat dimanfaatkan sebagai sarana peningkatan kesejahteraan umat manusia. Teknologi internet dewasa ini semakin berkembang pesat,salah satu daripada  teknologi ialah games  atau permainan.
          Namun, seiring dengan  perkembangan zaman yang serba digital maka permainan dalam bentuk eletronik mula  di gemari masyarakat pada hari ini. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless)
(Hassan & Raja Abdul Rashid, 2012)
.


Image result for games
 
Image result for games


          Kapitalisme menurut Ruth McVey dalam buku Globalization and the Cultures of Business in Africa: From Patrimonialism to Profit karya Scott D. Taylor didefinisikan sebagai “a system in which the means of production, in private hands, are employed to create a profit, some of which is reinvested to increase profit-generating capacity” yang bila diertikan iaitu “sebuah sistem di mana alat-alat produksi, di tangan swasta, digunakan untuk menciptakan suatu keuntungan, beberapa dari hal tersebut diinvestasikan untuk meningkatkan kapas menghasilkan keuntungan”. 
       Bila definisi tersebut dikaitkan dengan game Cookie Run maka dapat difahami bahawa para pemegang modal (developer game) mencuba untuk menciptakan suatu keuntungan dengan sistem yang mereka buat di dalam game, di mana para pemain (baik yang bermodal ataupun tidak) menjadi mesin penghasil keuntungan bagi mereka. Meskipun demikian, banyak para pemain yang mengaku tetap memainkan game tersebut karena hal tersebut dianggap hiburan yang menyenangkan ataupun karena mereka memang ingin berkompetisi mengalahkan teman-temannya untuk meraih peringkat teratas.

Image result for games coc

 


     Sebagai kesimpulannya, banyak hal di era modern ini yang telah dimasuki oleh para kapitalis, termasuk di dalamnya adalah game. Game tersebut menjadi suatu ladang penghasilan bagi para pemilik modal untuk meraih keuntungan sebanyak-banyaknya dari para pemain dengan sistem game yang mereka terapkan. Maka dari itu bila kita ingin bermain game, bermainlah dengan bijak dan manfaatkanlah waktu kita dengan sebaik-baiknya karena waktu yang telah digunakan tidak boleh diulang kembali

  •  Are games the ideal-typical commodity of infomational capitalism?

sumber: 


Hassan, J., & Raja Abdul Rashid, R. (2012). Ketagihan Internet Di Kalangan Remaja Sekolah Tingkatan 4 Di Bandaraya Johor Bahru. Journal Of Technical, Vocational & Engineering Education, 23-43.




10 comments:

  1. Pada pendapat saya, game secara online menunjukan peluang perniagaan yang mampu mengaut keuntungan yang lumayan. Hal ini kerana, masyarakat masa kini lebih berminat kepada dunia digital sesuai dengan peredaran masa. Namun, terdapat juga setengah organisasi mengunakan game sebagai alat untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka iaitu advergame. Sebagai contoh, McDonald telah membuat videogame untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang mereka lakukan. Langkah ini dapat memberikan pendedahan kepada pengguna agar mereka tahu produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada pelanggan. Oleh itu, game secara online ini tidak dikategorikan sebagai kapitalis kerana mereka hanya menyediakan perkhidmatan dan mengambil keuntungan kepada pelanggan yang melangan game online mereka. Di samping itu, mereka hanya menyediakan kepuasan dan keseronokan kepada pemain.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, permainan secara talian ini banyak mendatangkan keburukan kepada individu itu sendiri, masyarakat dan juga negara. Pertamanya, perubahan dalam sikap individu ke arah yang lebih negatif. Keadaan ini disebabkan mereka terlalu obeses dengan permainan berkenaan sehingga mengabaikan orang di sekeliling mereka. Bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan, malahan tindakan ini juga memberi impak dalam hubungan komunikasi mereka. Disebabkan terlalu obses, individu tiada masa untuk bercakap dengan orang lain kerana terlalu melayan permainan berkenaan.
    Dalam meningkatkan pembangunan sesebuah negara, golongan belia yang mempunyai sikap dan boleh berkomunikasi merupakan elemen yang diperlukan. Oleh itu, golongan belia seharusnya mempratikan diri mereka dengan cara sedemikian. Mereka tidak seharusnya mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti taksub dengan aplikasi permainan secara talian.

    ReplyDelete
  3. melihatkan kepada perkembangan dalam permainan secara talian (online games) ini menunjukkan bahawa manusia makin bijak menggunakan teknologi. namun, kesan dari permainan secara talian atau permainan digital ini telah melenyapkan permainan-permainan tradisional. kanak-kanak dan remaja sekarang lebih gemar permainan digital dan sudah melupakan permainan-permainan tradisional. apabila melihat kanak-kanak sekarang, sangat berbeza dengan cara saya bermain semasa kanak-kanak dulu. permainan tradisional lebih menyihatkan badan dan dapat mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. manakala permainan atas talian atau permainan digital ini menyebabkan kanak-kanak dan remaja kurang bergaul dan menjadi 'kera sumbang'. tak salah bermain permainan digital atau atas talian ini, tetapi harus bijak mengawal diri jangan terlalu taksub sehingga tidak menghiraukan orang lain.

    ReplyDelete
  4. Tidal dapat dinafikan generasi semakin banyak menghabiskan masa mereka untuk bermain games online.Majoriti pengguna teknologi modem sekarang bermain games online untuk memenuhi masa lapang, dan sebagai medium hiburan.Tambahan lagi, dengan bermain games online pengguna dapat menhilangkan rasa stress ketika bekerja, belajar dan masalah peribadi.Selain itu , games online juga dapat memberi ketenangan kepada pengguna di sampling membantu pergerakan otak. Walau bagaimanapun, kita telah menyaksikan sendiri jika pengguna terlalu obses bermain games, keadaan menyebabkan pengguna lupa dengan persekitaran mereka di mana mereka gagal menguruskan diri dengan baik malah boleh menghancurkan sebuah persahabatan dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan pendapat Shila, bermain games boleh memenuhi masa lapang dan sebagai medium hiburan. Ada sesetengah individu bermain games untuk meredakan tekanan.

      Delete
  5. Ya sememangnya games boleh mengaut keuntungan kepada individu. Lihat sahaja masyarakat pada zaman sekarang lebih berminat ke arah aplikasi di alam maya berbanding bermain di luar. Keadaan ini sememangnya memburukkan keadaan. Walaupun ia boleh menghiburkan tapi sekiranya digunakan dengan terlalu obses ia boleh memudaratkan.

    ReplyDelete
  6. Permainan game online ini sememangnya mendapat sambutan yang ramai daripada pengguna. Oleh yang demikian permainan ini boleh menguntungkan pihak yang mencipta permainan ini. Pada dasarnya kita merasakan bahawa permainan ini adalah percuma. Tetapi apa yang orang lain tidak ketahui setiap orang yang melayari permainan tersebut secara tidak langsung memberi untuk kepada pereka permainan tersebut. Tambahan lagi terdapat bahagian yang orang lain boleh membeli barang bagi memperkuatkan lagi Clan secara cepat. Dengan ini, pembaziran wang boleh berlaku dan menyebabkan anak-anak akan meminta wang daripada ibu bapa bagi tujuan yang tidak berfaedah dalam permainan ini.

    ReplyDelete
  7. Pada pandangan saya tidak dinafikan permainan yang dilayari di internet memberi banyak kesan negatif jika dibandingkan dengan positif. kesan negatifnya di mana kita akan sangat leka bermain dengan game tersebut dan banyak masa akan terbuang dengan perkara tersebut. kesihatan juga akan terjejas disebabkan duduk menghadap game. contohnya, mengalami kegemukkan kerana kurang senaman. Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur bila memainkan game yang berlebihan.
    Kesan positifnya, dapat melepaskan tekanan. Maka, seseorang perlu bijak memilih sesuatu yang baik dan buruk untuk kebaikan.

    ReplyDelete
  8. Games telah menjadi satu sumber kewangan kepada si pencipta masa kini. Dengan pelbagai jenis isi yang terdapat dalam games, para pemain perlu membeli umtuk sampai ke level seterusnya. Pemain berasa taksub jika level mereka sudah tinggi dan tidak kisah jika berhabis duit. Duit yang digunakan untuk membeli barang di dalam games tersebut telah mewujudkan unsur kapitalisme. Duit yang telah digunakan untuk memenuhi kepuasan si pemain dalam games telah mengembangkan lagi kapitalis.

    ReplyDelete
  9. 1xbet korean 2021 - Legalbet.co.kr
    1xbet febcasino korean 2021 - Best Betting 1xbet Tips. Best Betting Sites in the UK! Read the Best Sports Betting Tips 메리트카지노 & Sign Up Offers from our Experts.

    ReplyDelete