Tuesday 28 April 2015

PENULIS BLOG Vs WARTAWAN




Penulis blog adalah seorang individu yang mengurus blognya sendiri dengan caranya sendiri. beliau mampu menulis apa sahaja yang terdapat dalam fikirannya berdasarkan pelbagai sumber termasuk berita. Penulisannya juga tidak ditapis oleh sesiapa sebelum dipaparkan kepada umum.

Wartawan pula merupakan sekumpulan orang yang mempunyai hak dalam membuat liputan isu semasa. Kes-kes yang dikendalikan oleh mereka akan ditapis dan mendapat perhatian ramai. Gaya penulisannya juga berbeza daripada seorang penulis blog. Isu yang disampaikan juga tepat dan sahih.

  1. Pada pandangan anda, adakah wajar kita selaku pembaca mendapatkan semua info daripada blog semata-mata?
  2. Adakah anda mempercayai bahawa blog menyampaikan isu semasa dengan tepat dan berkesan.?
  3. Wartawan menulis berita dengan menyampaikan isu terkini dan tiada penyelewengan maklumat ?
  4. Wartawan lebih bijak dalam mengendalikan berita semasa berbanding penulis blog?
  5. Antara dua sumber tersebut, yang manakan anda lebih terpengaruh?











7 comments:

  1. soalan 1:
    Pada pendapat saya, untuk mendapatkan berita yang tepat atau betul kita sepatutnya merujuk kepada pelbagai jenis sumber dan tidak hanya tertumpu kepada 1 pihak sahaja. Contohnya, kita boleh mncari maklumat daripada berita seperti malaysiakini, mymetro dan sebagainya.

    Soalan 2:
    Seperti yang umum ketahui, blog merupakan penulisan yang berdasarkan diari seseorang individu. Biasanya, blog ini ditulis brdasarkan pendapat mereka sendiri dan cenderung kepada emosi yang dari pihak mereka sendiri sahaja.

    Soalan 3:
    Menurut Chamil Wariya dalam penulisan yang bertajuk kewartawanan dan media era digital, wartawan di Malaysia telah dikawal oleh pihak tertentu dan hanya menulis berita baik terhadap kerajan sahaja. oleh itu, pada pendapat saya wartawan di Malaysia tidak menulis dengan betul atau sahih.

    soalan 4:
    Pada pendapat saya, wartawan lebih bijak mengendalikan penulisan berita kerana mereka terikat dengan batasan yang menghadkan mereka untuk menulis dengan lebih bebas

    Soalan 5:
    Saya lebih suka untuk membaca berita yang berkaitan dengan isu semasa di portal berita, dan isu-isu berkaitan dengan politik daripada blog atau media sosial yang lain.

    ReplyDelete
  2. pada pendapat saya, selaku pembaca kita tidak wajar mendapatkan semua maklumat-maklumat dari blog sahaja. sebaliknya kita harus mendapatkan maklumat tersebut dari media lain seperti surat khabar, televisyen dan banyak lagi. saya juga tidak mempercayai bahawa blog menyampaikan isu semasa dengan tepat dan berkesan kerana ada juga blog menyampaikan isu-isu semasa berdasarkan persepsi atau pandangan dan mendapatkan maklumat yang daripada orang tertentu bukannya menyelidik terlebih dahulu. saya juga percaya bahawa segelintir wartawan berita menyampaikan maklumat atau isu-isu terkini dengan menyelewengkan maklumat tersebut untuk ada agenda tersendiri atau menurut kehendak orang atasan. namun begitu, saya lebih suka membaca kedua-duanya sekali.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, blog dan wartawan adalah berbeza. Hal ini maklumat yang terdapat pada blog kebanyakannya merupakan pendapat individu yang mungkin releven dan juga tidak releven. Orang boleh menulis apa saja yang ingin ditulis di dalam blog mereka sendiri dapat boleh menunjukkan bukti yang kukuh. Manakala bagi wartawan pula berita yang dikeluarkan mempunyai sumber kesahsiahan sebelum berita itu dikeluarkan kepada khlayak. Selain itu juga wartawan juga akan menulis berita berdasarkan arahan yang diberi. Secara peribadi saya lebih suka membaca blog dan juga berita dan membuat perbandingan tentang sesuatu maklumat kerana berita yang dikeluarkan oleh wartawan pada masa ini banyak yang disembunyikan dari segi maklumat sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan saya, penulisan blog dan kewartawanan sememangnya dua bidang yang sangat berbeza. Penulisan blog lebih kepada pandangan secara peribadi dan berdasarkan pengalaman sendiri dan persekitaran. Manakala dalam bidang kewartawanan,penulisan berita ataupun risalah adalah berdasarkan sumber & fakta yang kukuh. Seorang wartawan bertanggungjawab penuh terhadap kesahihan berita yang disampaikan kepada penmbaca yang merupakan orang awam. Secara peribadi, saya lebih percaya dengan berita isu semasa yang disampaikan oleh wartawawan berbanding penulisan dalam blog. Kita dapat menyaksikan kebanyakan penulis blog bersifat bias dan mementingkan diri. Jadi, saya lebih terpengaruh dan mempercayai berita yang disampaikan oleh seorang wartawan.

    ReplyDelete
  5. Jurnalis menyatakan pendapat mahupun buah fikiran mereka melalui pelbagai media seperti penulisan blog. Kebiasaanya, penulisan blog ini dilakukan dalam pelbagai bentuk yang menyebabkan impak yang diterima melalui pandangan daripada pelbagai pihak. Pandangan yang diterima ini menjadikan jurnalis berkebolehan dalam menangani isu yang akan ditimbulkan oleh masyarakat. Kekerapan dalam meluahkan idea dalam blog ini akan mendapat komen dan cadangan yang berbeza daripada pelbagai pihak. Justeru itu, jurnalis mendapat banyak manfaat dengan adanya penulisan blog dalam kerjaya yang mereka. Pada masa yang sama juga, pandangan yang diberikan oleh masyarakat akan meningkatkan kualiti dan kredibilti mereka dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Hal ini kerana, adakalanya mereka berkongsi dengan masyarakat mengenai rutin harian yang dilakukan dalam menyiapkan tugasan mereka. Tindakan ini akan mengubah spekulasi masyarakat terhadap kerjaya jurnalis berkenaan.

    ReplyDelete
  6. pembaca tidak boleh mempercayai sepenuhnya apa yang ditulis oleh bloggers di dalam blog mereka kerana fakta-fakta yang mereka keluarkan kebanyakannya hanya berdasarkan apa yang mereka lihat atau dengar tanpa dibuktikan kesahihan terlebih dahulu Termasuk juga dari segi kualiti penulisan, penulis blog kebanyakannya tidak ada pengalaman atau kemahiran dalam penulisan berita seperti wartawan. Ini menyebabkan sedikit sebanyak telah mengganggu kualiti penulisan blog. Ada juga sesetengah blog yang melakukan plagiat iaitu dengan hanya copy and paste sahaja maklumat dari blog lain untuk dimasukkan ke dalam blog mereka dan ini menyebabkan netizen tidak mengetahui sumber asal ataupun penulis asal berita tersebut.
    manakala wartawan di negara kita terikat dengan syarikat penerbitan akhbar. Maksudnya disini adalah, kebanyakan surat khabar yang dimiliki oleh kerajaan selalunya akan melebih-lebihkan cerita tentang kerajaan sahaja. berlaku ketidak adilan dalam penyampaian berita dari wartawan. naum dari segi kualiti penulisan tidak dinafikan kualiti penulisan wartawan adalah lebih baik berbanding bloggers.

    ReplyDelete
  7. Bagi saya antara penulis blog dan juga wartawan sudah semestinya saya lebih mempercayai wartawan tatapi dengan longgokan blog did depan mata dan kekerapan membaca blog menyebabkan saya lebih banyak membaca blog daripada membaca berita uang ditulis oleh wartawan. tetapi sekarang kebanyakan wartawan menulis berita dan mencari berita daripada blog juga. Kesahihannya juga diragui.

    ReplyDelete