Wednesday, 18 March 2015

Teknologi dan kesan positif

Pendedahan penggunaan gadjet dalam kalangan kita memberi kesan positif kepada kita semua. Kesan kepada kanak-kanak, jika peranti elektronik didedahkan kepada kanak-kanak taska yang berumur empat tahun ke bawah dapat membantu mereka untuk perkembangan deria dan imaginasi. Perkembangan otak mereka juga perlu didedahkan terhadap semua ini. Ia juga berkesan dalam membantu mereka untuk mendengar, mempelajari bunyi dan bertutur dengan lebih cepat. Walaubagaimanapun, pemilihan kandungan yabng akan digunakan hendaklah dipantau oleh orang yang lebih dewasa serta perlu kepada penelitian yang bersesuaian dengan usia mereka. Ibu bapa perlulah membuat penilaian terhadap yang mempunyai nilai positif kepada kanak-kanak. Tidak semua kandungan peranti elektronik dan gadget memenuhi keperluan kanak-kanak. 

Kebaikan kepada remaja pula adalah dapat dilihat dari pelbagai sudut. ntaranya adalah dapat membantu kita dalam menjimatkan masa. Perkembangan teknologi telah menjimatkan masa. sebagai contoh aplikasi GPS dapat membantu kita mencari arah tujuan kita serta dapat mengelakkan daripada kita sesat. Kebaikan lain seperti memberi kemudahan dalam komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya dengan menggunakan media sosial seperti Skype, Yahoo Messeger, E-mail dan sebagainya. Pelbagai informasi dan maklumat dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan. Kebaikan lain yang dapat dilihat seperti perkembangan dalam bidang perubatan. Perubatan adalah salah satu sektor yang penting dalam kalangan masyarakat. Jadi, dengan adanya perkembangan seperti ini, ia banyak membantu dalam menyelesaikan masalah ini. pelbagai perkembangan seperti penggunaan kimoterapi yang membantu dalam membantu sesetengah penyakit kanser. Perkembangan teknologi yang memberi kebaikan lain seperti teknologi pengimejan yang mana telah membantu untuk mengenalpasti rawatan yang diperlukan. Kebaikan seterusnya ialah meningkatkan pengeluaran. Penggunaan pelbagai jenis mesin dan perlatan telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan buruh. Sebagai contoh penggunaan mesin dalam penyediaan makanan, pembuatan kereta dan sebagainya. Selain itu, penggunaan mesin dapat mengurangkan kebarangkalian kerosakan sesuatu produk yang dihasilkan. 


Sumber : 

Woelfer, J,.& Hendry, (2010) D.G. Homeless young peoples's experience with information systems: life and work in a community technology center. CHI '10, 

Bruckman, A., Gurzick, D., Lampe, C.,(2006): Mulching Youth and technology. CSCW '10, London. 

Ames . M., Go, J "Jofish", And Spasojevic, M. Understanding Technology Choice and Value Through Social Class New York (2011).


Sejauh Mana Gadjet Memberi Kesan Kepada Masyarakat

Salam dan hye semua. Saya hendak mengajak kamu semua berfikir sejauh mana gadjet mempengaruhi kehidupan masyarakat pada masa kini. Mari kita kupas isu ini sedikit demi sedikit ye. Seperti yang kita tahu masyarakat sekarang terlalu bergantung dengan gadjet. Gadjet yang saya maksudkan di sini ialah seperti telefon bimbit, laptop, permainan video dan alatan gadjet yang lain. Sering kali kita melihat masyarakat sekarang lebih banyak berkomunikasi dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Whatsap, Wechat. Menurut kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat kebanyakan ahli keluarga menggunakan gadjet untuk kemudahan dan hiburan mereka. Menurut Smith (2010), pertumbuhan penggunaan gadjet di negara-negara Asia telah mencecah sehingga 230 million. Keadaan ini jelas menunjukkan ramai golongan masyarakat kini menggunakan gadjet seperti telefon bimbit dalam kehidupan mereka.

Dengan penggunaan gadjet yang semakin meningkat, pada pendapat saya ia sedikit sebanyak memberi kesan yang positif mahupun negatif. Kesan yang paling ketara sekali ialah sudah semestinya komunikasi kita terhadap orang sekeliling khususnya keluarga kita sendiri. Akibat terlalu bergantung kepada gadjet mereka selalu mengabaikan komunikasi secara bersemuka. Pernahkah anda mengalami kejadian seperti sekumpulan remaja atau keluarga makan bersama di kedai makan tetapi mereka asyik dengan gadjet mereka?pernah bukan?Penggunaan gadjet yang berlebihan boleh menyebabkan komunikasi terhadap orang sekeliling akan menjadi buruk (Ling, 2004).

Selain itu, kesan penggunaan gadjet ini turut memberi kesan positif. Sebagai contoh, ahli keluarga atau rakan-rakan yang jauh yang sudah lama tidak berjumpa dapat berjumpa semula melalui  laman sosial.Ia akan mengeratkan hubungan yang lama terputus kembali terjalin.

Menurut Nelson (2002), penggunaan gadjet ini boleh datang dalam dua bentuk sama ada positif mahupun negatif. Ia bergantung dengan individu tersebut menggunakannya dengan tujuan apa. Ini hanyalah sekadar pendapat saya. Anda pula bagaimana?

Sumber: Smith (2010). Americans and Their Gadjets. Pew Internet Research. United Kingdoms

             Ling (2004). Use of The Internet in Higher-Income Household. United States

             Nelson (2002). Parenting Out of Control. Anxiuos Parents in Uncertain Times. NYU Press
             

Tuesday, 10 March 2015

GLOBALISASI DAN PERKEMBANGAN MEDIA BAHARU





Hubungkait antara globalisasi dan perkembangan media baharu menyebabkan pelbagai implikasi kepada individu, masyarakat, dan juga negara. Hal yang sedemikian disebabkan oleh konsep globalisasi ini bermula dalam tempoh masa yang lama. Tambahan lagi, tindakan berkenaan menyebabkan perubahan dalam rangkaian perhubungan dunia dalam masa yang singkat sahaja. Dalam pada itu juga, sistem dalam sesebuah negara dipengaruhi oleh perkembangan media baharu ini. Justeru itu, perkembangan dalam bidang perhubungan dan juga komunikasi sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa 
( Sen,1975).

 Selain itu juga, konsep yang diamalkan berdasarkan teori yang diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah negara. Misalnya, Anthony Giddens, Manuel Castells, dan Karl Marx. Pelbagai cara yang menyebabkan rangkaian perhubungan dalam kalangan individu, masyarakat, dan juga negara berlaku. Natijahnya, pelbagai implikasi yang berlaku dengan adanya perkembangan media baharu berkenaan. Dalam masa yang sama juga, konsep yang diamalkan dalam negara kita berubah kerana berdasarkan kepada konsep serta teori yang telah dinyatakan oleh para falsafah terdahulu (Denise,1995).



Di samping itu juga, perkembangan dalam media baharu mampu menjadikan hubungan dalam konteks masyarakat dapat dikukuhkan. Tindakan ini terbukti apabila masyarakat sekarang menggunakan media baharu ini sebagai jaringan dalam perhubungan dalam kehidupan seharian. Mereka akan berpeluang bersosial dan berkenalan dengan masyarakat luar yang terdiri mempunyai latar belakang yang berbeza.

Misalnya, mereka akan berkongsi minat, cadangan, dan pengalaman yang mana akan membentuk komuniti dalam talian. Secara tidak langsung, perhubungan yang terjalin akan mendatangkan manfaat kepada individu dan juga negara (Hamzah,2001).




Rujukan:


Hamzah, S. E. (2011). Media Baharu yang Baharu: Trend Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna Di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 93-110.


Murray, Denise E., Knowledge Machine : Language & Information in a Technological Society, Longman Publisher, Singapore, 1995



Sen, Amartya, Employment, Technology & Development, Oxford University Press, 1975


Computer Mediated Communication (CMC)



Dalam era globalisasi, komputer merupakan satu medium utama untuk berkomunikasi. Menurut Susan Herring (1996), CMC merangkumi komunikasi antara dua atau lebih orang yang berkomunikasi melalui komputer secara berasingan. Justeru, dengan menggunakan komputer, manusia boleh berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sempadan dan batasan waktu. Dalam pengertian lain, dengan menggunakan komputer manusia mudah untuk bersosialisasi dengan membina hubungan sesama (Elizabeth Lane Lawley, 1994). Contohnya membina hubungan persahabatan, hubungan romantik dan hubungan profesional atas urusan kerja. Penggunaan komputer sebagai alat komunikasi merupakan satu budaya dalam membina hubungan antara masyarakat kini.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa komputer yang merupakan pengantara komunikasi antara manusia sememangnya mempunyai banyak kekurangan. Antaranya ialah boleh mewujudkan jurang hubungan antara kekeluargaan dan pergaulan dengan rakan-rakan di sekeliling. Menurut Che Su Mustaffa & Nan Zakiah Megat Ibrahim (2014) penggunaan komputer yang terlalu ekstrim boleh menyumbang kepada pepecahan keluarga. Di samping itu, melalui komunikasi menggunakan komputer juga menyebabkan komunikasi yang kurang efektif. Hal ini boleh berlaku apabila pengguna cuba untuk menyampaikan sesuatu mesej tetapi gagal difahami oleh pengguna yang lain. Malah keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya salah faham antara pengguna komputer terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan sensitiviti. 

Tidak dinafikan juga, komunikasi melalui komputer boleh menyebabkan tekanan kepada pengguna kerana melalui status yang dipost oleh seseorang individu boleh mempengaruhi emosi dan tindakan pengguna yang lain. Keadaan ini sekali gus membolehkan kita membuat penilaian tentang diri orang lain berdasarkan status mereka. Namun, kadang-kadang penilaian yang dibuat adalah salah.Menurut Amelia Abdul Aziz (1993), setiap maklumat yang dikeluarkan melalui jaringan komputer mempengaruhi pemikiran masyarakat sekali gus mengakibatkan wujudnya pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini boleh menyebabkan perbalahan pendapat antara pelbagai pihak. Sekiranya hal sedemikian berlaku, komunikasi secara bersemuka adalah lebih baik daripada menggunakan komunikasi melalui komputer. Mesej yang disampaikan lebih mudah difahami dan diterima oleh pihak lain di samping dapat mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. 

Oleh hal yang demikian, setiap individu perlu memikirkan kebaikan dan keburukan menggunakan komputer sebagai alat komunikasi. Tidak salah kita menggunakan komputer sebagai medium berkomunikasi, tetapi kita perlu peka dengan keadaan di sekeliling kita. Jangan biarkan komputer sebagai pemusnah hubungan antara manusia. Konklusinya, setiap lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan teknologi seperti komputer dengan berkesan.

Renungan bersama:
Melalui pengalaman anda, adakah anda lebih selesa berkomunikasi dengan menggunakan komputer atau secara bersemuka? Mengapa?

Sumber:
Aziz, A. A. (1993). Kesan Teknologi Inovasi Kini Ke Atas Sosio-Budaya Masyarakat Malaysia.

Lawley, Elizabeth., L. (1994). The Sociology in Culture Computer Mediated Communication: An Initial Exploration.

Mustaffa, Che., Su. & Ibrahim, Nan., Zakiah., M. (2014). Persepsi dan Penggunaan Media Sosial dari Perspektif Ibu Bapa, Universiti Utara Malaysia.



                

Saturday, 7 March 2015

Kesan video yang di muatnaik dilaman sosial.

Kesan Video dimuatnaik di Laman Sosial

Video yang di muatnaik di laman sosial seperti youtube dan facebook secara tidak langsung memberi kesan kepada indiviu. Video yang disebarkan secara meluas tanpa kita sedari memberi impak yang positif dan negatif bergantung kepada jenis video tersebut. Sebagai contoh, video berkaitan buli yang di muatnaik dapat membantu pihak berkuasa untuk menangkap suspek yang terlibat. Hal ini dapat membantu dalam menyelesaikan sesuatu kes dalam masa yang singkat.

Dari sudut negatif pula, penyebaran video atau gambar lucah memberi kesan kepada mangsa yang terlibat. Orang yang terlibat akan berasa malu dan akan wujudnya fitnah. Tambahan pula teknologi masa kini juga yang boleh mengedit gambar dan meyebarkan gambar tersebut dan boleh menyebabkan fitnah dan menjatuhkan maruah seseorang. Selain itu penyebaran video seperti  video lucah juga boleh mengundang kepada gejala sosial seperti maksiat kerana remaja cenderung untuk meniru apa yang dilihat dalam video tersebut.

Persoalan:
1.) Adakah video yang dimuatnaik perlu tapis dan disekat terlebih dahulu?

2.) Apa pandangan anda dari sudut positif dan negatif tentang  penyebaran video dan gambar?

Thursday, 5 March 2015

How the Technology Impact Our Future?



“We always overestimate the change that will occur in the next two years and underestimate the change that will occur in the next ten .” –Bill Gates.




It’s amazing to see how technology take over all the business and innovation. Sometimes the changes in the technology that occur are far beyond our expectation.

Everything becomes digital. Through technology like internet, we can connect with people from all over the world. But, have you ever think that it also make us less interact with each other face to face?.

With technology, it is also  not impossible that one day all the workers are robot and a man only work there to give a food to the dog and the dog make sure the man did not stop the machine. It’s give benefit to the employer, but the employee will lost their source of money.


Instead of the positive impact that we gain from the changes that occur in technology, have you ever thought about the negative impact it gave to us?

So, in your opinion :
1) Based on this video, what do you think about the technology?
2) How does the technology will impact to our future?
3) Does the technology give positive impact or negative impact or both?