PERKEMBANGAN MEDIA BARU + ISU LGBT
(LESBIAN,GAY,TRANSGENDER)
Kini,
seiring dengan perkembangan teknologi pelbagai perubahan yang berlaku dalam
kehidupan masyarakat. Perubahan ini dapat menimbulkan seribu persoalan dalam
kalangan masyarakat mengenai impak perkembangan teknologi pada hari ini (Zosky, 2008).
Hal
yang demikian kerana, gejala sosial dalam kalangan masyarakat semakin ketara
sehinggakan menyebabkan peningkatan kadar jenayah. Moraliti dalam kalangan
masyarakat juga turut terhakis disebabkan pengamalan budaya sonsang dalam
kehidupan mereka. budaya ini menyimpangkan pemikiran masyarakat terhadap
kegiatan yang tidak bermoral dengan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
sehinggakan melanggar ajaran agama (Owoyemi, M. Y., & Sabri, A. Z. S. A, 2008).
Berikut antara blog yang mempersoalkan tentang isu lesbian, gay, dan transgender (LGBT) dalam kalangan kalangan masyarakat. Buah fikiran dan pendapat mengenai isu ini diutarakan oleh masyarakat dalam blog berkenaan. Adakalanya, pendapat yang diberikan berkenaan dengan isu ini agak sensitif kerana ada dalam kalangan masyarakat bersetuju dan membangkang isu ini diamalkan (Hayes, A., & Stewart, J. Hilton , 2010).
- xhomomalaysia.blogspot.com/2008/07/apa-itu-homoseksual.html
Blog ini menerangkan tentang kajian mengenai pelaku homoseksual mempunyai ciri berlainan secara biologi. Antaranya ialah kajian yang dilakukan oleh Simon LeVay ,1991 dan Dean Hamer,1993. Penulis juga menerangkan tentang faktor-faktor terjadi LGT dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah, dari aspek kekeluargaan, persekitaran, dorongan individu, dan juga aktiviti seksual.
Kebanyakan masyarakat
yang memberi komen dalam blog ini tidak bersetuju dengan isu LGBT ini kerana menyebabkan keruntuhan moral dan
tamadun masyarakat, penyebab penyakit wabak ,dan wujudnya diskriminasi terhadap
golongan ini. Pada masa yang sama juga, kritikan terhadap golongan ini kerana melanggar ajaran agama. Hal ini menyebabkan golongan ini berasa tertekan dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Misalnya, dalam bidang kerjaya. Golongan ini minoriti jarang diterima dan diambil bekerja di organisasi kerana personaliti mereka. Tindakan ini secara tidak langsung menyebabkan mereka sukar berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat sekeliling kerana malu dengan personaliti mereka. Tambahan lagi masayrakat sering memandang serong dan berfikiran negatif terhadap golongan ini. Adakalanya, mereka akan mengambil tindakan di luar kawalan disebabkan terlalu tertekan.
Penulis menggalakkan semua lapisan masyarakat memberi pandangan dan cadangan mengenai isu berkenaan. Idea dan cadangan ini akan mendatangkan impak yang besar untuk pembaca. Hal ini kerana, pembaca akan mudah untuk mendapat informasi berkaitan dengan isu ini dengan adanya penulisan dalam blog. Secara tidak langsung, penulisan ini akan mengubah persepsi mahupun pandangan masyarakat terhadap golongan ini.
Penulis menggalakkan semua lapisan masyarakat memberi pandangan dan cadangan mengenai isu berkenaan. Idea dan cadangan ini akan mendatangkan impak yang besar untuk pembaca. Hal ini kerana, pembaca akan mudah untuk mendapat informasi berkaitan dengan isu ini dengan adanya penulisan dalam blog. Secara tidak langsung, penulisan ini akan mengubah persepsi mahupun pandangan masyarakat terhadap golongan ini.
Blog kedua ini pula,menerangkan tentang pendapat masyarakat mengenai isu transgender yang
semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat. Isu yang difokuskan dalam blog ini ialah isu pengkid dalam kalangan masyarakat. Hak dan kebebasan golongan ini kurang diambil perhatian oleh pihak terbabit. Keadaan ini menyebabkan golongan ini membuat laman sendiri (website) yang berkaitan dengan isu ini. dalam penulisan blog berkenaan, pelbagai idea dan pengalaman yang dikongsi bersama dengan pembaca. Adakalanya, mereka merintih dan kecewa kerana ada segelintir masyarakat memberi layanan yang tidak sepatutnya sehinggakan ada yang memberi kata-kata kesat kepada mereka.
Contoh komen yang diberikan oleh pembaca:
Dalam pada itu, penulis blog ini membenarkan semua masyarakat memberi pandangan tentang isu ini disebabkan isu ini salah satu isu hangat yang diperkata pada masa sekarang. Penulis membuka ruang untuk masyarakat menyuarakan pendapat mahupun cadangan dalam menangani isu ini dari menular.
Kebanyakan komen yang diberikan oleh pembaca terhadap golongan pengkid
ini pelbagai yang mana ada yang menyokong dan membantah dengan kewujudan
kumpulan ini di negara kita. Bagi mereka yang menyokong kewujudan
kumpulan ini, mereka menyatakan yang kumpulan ini sewajarnya diberi hak
kerana masyarakat bebas dalam memilih identiti masing-masing. Namun
demikian, golongan ini perlu menjaga tindakan dan tingkah laku dengan
tidak melanggar dalam batas agama dan norma masyarakat. Kenyataan ini
dinyatakan bagi mereka yang memberi komen dengan membantah kewujudan
kumpulan ini.
Rujukan:
Ressler, P. (2008).
Report on Focus Groups “Benign Heteronormativity Limits LGBT Students’
Social and Academic Engagement” By Paula Ressler and Diane Zosky.
Owoyemi, M. Y., & Sabri, A. Z. S. A. (2008) LGBT, Nature or Ideology?: Sharing the Experience of a Former Practitioner in Malaysia.
Hayes, A., & Stewart, J. Hilton (2010), Coliseum reopened for crowd.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletepada pendapat saya, isu LGBT ini memberikan kesan buruk terhadap masyarakat terutamanya generasi baru pada masa kini. hal ini demikian kerana perkembangan teknologi terkini memudahkan generasi baru terjebak dengan amalan-amalan tidak baik seperti LGBT, pengkid dan sebagai. generasi baru juga sukar untuk membezakan perkara yang baik atau buruk di media massa kerana mereka ketagih terhadap teknologi baru sehingga mereka tidak ambil kisah sesuatu perkara tersebut sama ada memberikan kesan buruk kepada mereka
ReplyDeletePada pandangan saya kewujudan LGBT sememangnya menggambarkan seseorang tersebut menunjukkan mereka tidak bersyukur dengan kelahiran jantina mereka, lelaki perempuan. Tuhan telah mencipta setiap manusia dengan sempurna dan sesuai dengan kehendak-Nya.
ReplyDeleteTetapi dalam setiap apa yang diperbuat menjadi tanggungjawab kepada individu tersebut berfikir baik buruk kerana dicipta sebagai makhluk paling tahu berfikir dan menilai sesuatu yang baik buruknya sesuatu perkara.
Maka saya merasakan apa-apa yang berlaku itu menjadi tanggungjawab setiap peribadi atau individu tersebut untuk memilih. Kerana insan yang normal (lelaki atau perempuan) juga belum tentu baik dalam apa yang diperlakukan dalam kehidupan mereka. Maka lebih baik jangan menghakimi orang lain dengan menyatakan baik buruk mereka kerana kita tidak berhak berbuat demikian selagi kita juga akan dihakimi kelak. sekian...:D
Bagaimana dengan golongan yang memang lahir begitu ? Maksudnya, nature yang membentuk mereka untuk menjadi gay, lesbian dan transgender?
Deletesaya melihat bahawa sesetengah pihak telah menggunakan media untuk memperluaskan pengaruh LGBT ini. seperti yang kita sedia maklum, remaja dan kanak kanak cenderung untuk meniru apa yang mereka lihat di laman media sosial, maka sepatutnya perlu ada pihak yang menghalang dan melarang perkara ini daripada berleluasa seterusnya bagi mengelakkan dari ramai lagi remaja terjebak dengan golongan ini. saya yakin dan percaya bahawa tiada satu pun agama di dunia ini yang membenarkan lesbian, gay, bisexual dan transgender ini.
ReplyDeleteSebenarnya, golongan LGBT ini tidak juga patut dipersalahkan 100%. Kadang-kala sesetengah daripada mereka sememangnya dilahirkan begitu. Dalam erti kata lain, nature yang membentuk mereka berkelakuan seperti itu. Seperti dalam kehidupan saya, saya di kelilingi oleh golongan ini dimana kawan dan saudara saya merupakan golongan ini. Pernah saya bertanya tentang apa yang menyebabkan mereka berubah menjadi begitu. Mereka sekadar menjawab 'biarlah kami hidup dengan cara yang kami mahu asalkan kami tidak menyusahkan orang'. Mungkin pemikiran seperti ini yang menggalakkan lagi golongan ini untuk terus bercambah. Media massa yang kini kenali sebagai pengantara manusia dengan alam siber menjadi salah satu alat kepada golongan ini untuk menyebarkan aktiviti gay, lesbian dan transgender mereka. Contohnya, penyebaran aktiviti kelab Gay melalui Facebook, Wechat dan WhatApps. Golongan ini juga aktif dalam isu politik kerana naluri mereka untuk mendapat sokongan dan perhatian kerajaan sangat tinggi. Sebuah pertubuhan GAY Filipina, The Progressive Organization of Gays in the Philippines atau diringkas menjadi PROGAY Philippines pula berdemonstrasi menyokong Anwar ketika pertama kali Anwar dituduh melakukan homoseksual. Sesungguhnya golongan Gay berani dan secara terbuka mendakwa mereka adalah Gay!. Demikian juga mereka kenal kawan-kawan mereka yang Gay. Kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) merupkan suara yang terbuka dan sudah jelas bermaharajalela masa kiniDi Malaysia, gesaan LGBT ni mula masuk melalui pesta "Seksualiti Merdeka". Inipun disebabkan adanya badan-badan NGO (Civil Society) seperti Human Rights Committee of the Malaysian Bar, SUARAM, PT Foundation, KRYSS, Women's Candidacy Initiative, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Purple Lab, Matahari Books, Sisters In Islam, Women's Aid Organisation, Amnesty Internationaland The Annexe Gallery . Kewujudan golongan ini menimbulkan banyak konflik antara pihak yang menyokong dan juga pihak yang membantah. Pihak yang menyokong dianggap salah seorang ahli golongan ini dn begiotulah sebaliknya. Keadaan ini menimbulkan sifat perjudis antara satu sama lain.
ReplyDeleteBagi pendapat saya pula, isu LGBT ini sememangnya boleh merosakkan akhlak masyarakat. Saya sememangnya menentang isu ini sehabisnya kerana dalam agama saya sendiri iaitu agama Islam memang melarang keras isu ini. Pada zaman berteknologi seperti ini, khususnya dalam media sosial, kebanyakan individu yang cenderung dalam LGBT ini seakan-akan mengambil kesempatan meluaskan lagi pencarian mereka dengan mencari individu yang turut cenderung dalam LGBT. Mereka seperti tiada perasaan malu malah bangga dengan keadaan ini. Kita seharusnya tidak mengambil mudah akan isu ini supaya masyarakat kita tidak terpengaruh dengan LGBT.
ReplyDeleteSememangnya golongan LGBT adalah mereka yang mempunyai naluri sebegitu sejak dilahirkan lagi. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa ianya dapat diubah secara berperingkat-peringkat berdasarkan kepada individu itu sendiri. Golongan LGBT adalah mereka yang dipandang rendah dan menjadi buah mulut segelintir masyarakat pada masa kini. Sememangnya perkara sebegini akan mendatangkan kesan negatif kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara. Banyak remaja mahupun kanak-kanak boleh terpengaruh dengan kegiatan seharian mereka yang bebas dan tidak dibendung ini. Tidak mempunyai rasa malu serta tidak boleh ditegur adalah punca utama mereka semakin berani untuk menarik perhatian orang lain terhadap mereka. Kecenderungan mereka dalam aktiviti liar ini tidak dipautau oleh ibu bapa menyebabkan mereka semakin berani. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah seperti ini adalah seperti bergaul dengan orang yang baik-baik, hindarkan diri daripada berkawan dengan mereka yang sememangnya golongan LGBT, elakkan daripada gemar melayari laman web yang tidak sepatutnya serta mendekatkan diri dengan agama. Jika kita mempunyai niat untuk berubah, kita akan berusaha untuk itu dan kita akan berjaya....
ReplyDeleteMedia sosial antara penyebab LGBT semakin berkembang. Umum ketahui bahawa media sosial merupakan medium sosial yang digunakan untuk bahan hiburan, mencari atau berkenalan dengan orang ramai dan sebagainya. Dengan menuju kepada era globalisasi ini iaitu dunia tanpa sempadan telah menyebabkan fahaman atau aktiviti LGBT ini semakin giat dilakukan. Sebagai contoh, individu LGBT ini akan akan menubuhkan kumpulan di dalam media sosial iaitu Facebook dan ramai indvidu LGBT dari serata dunia akan menyertai kumpulan tersebut. Kewujudan kumpulan tersebut telah menguatkan lagi identiti LGBT terhadap diri mereka dan menyebabkan kumpulan ini lantang bersuara agar mereka diberi hak untuk menjadi gender ketiga yang diterima oleh masyarakat selain daripada gender perempuan dan lelaki. Oleh itu, media sosial telah menyebabkan LGBT ini berkembang.
ReplyDeletePada pendapat saya, perkembangan teknologi tidak lah 100% menjadi penyumbang kepada masalah LGBT. Hal ini kerana mungkin LGBT ini mampu berkembang dengan jayanya dengan pengaruh kawan dan juga keadaan sekitar. Bagi saya LGBT ini tidak lah serius yang boleh mengancam keselamatan orang lain akan tetapi semenangnya LGBT ini adalah salah di undang-undang dan juga agama. Perkembangan LGBT ini telah membuatkan masyrakat memandang serong golongan ini. Kaitannya dengan media dari segi perkembangan golongan ini sememangnya ada dan individu sendiri harus menilai dulu kebaikan dan keburukan LGBT sebelum berdaftar sebagai warga tetap LGBT..Hehe
ReplyDelete