Sebilangan penduduk yang memprotes salib di Taman
Medan, Petaling Jaya (sumber: The Star Online)
Sudah terang
lagi bersuluh, hak kebebasan beragama di Negara kita Malaysia saban hari
semakin tergugat. Baru-baru ini, isu penurunan salib di Taman Medan, Petaling
Jaya menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa, agama dan budaya. Menurut sumber daripada The Star Online, sekumpulan
penduduk yang mendiami Taman Medan menjalankan protes terhadap sebuah gereja
baru di kawasan berkenaan. Hal ini kerana mereka bimbang terhadap jemaah gereja
yang meletakkan salib di luar bangunan gereja berkenaan mencabar penyebaran
agama Islam dan boleh mempengaruhi golongan anak muda Islam di kawasan Taman
Medan.
Berdasarkan
Helen Ang’s blog (https://helenang.wordpress.com/2015/04/20/taman-medan-evangelistas-and-church-crosses-the-spore-and-china-experience/),
penulis blog ini mempersoal bahawa gereja yang beroperasi di Taman Medan
berkenaan tidak mempunyai permit yang sah. Tambahan lagi, penulis blog
menyatakan bahawa penduduk Melayu di Taman Medan membantah salib yang
diletakkan di gereja berkenaan, malah mereka juga mencerca golongan evangelist atau
penginjil di gereja berkenaan sebagai golongan yang ekstremis, fanatik agama
dan sangat membencinya.
Salib yang diletakkan di luar bangunan gereja sumber:
Malaysiankini
Isu penurunan salib ini sememangnya sangat menyinggung perasaan masyarakat yang menganut agama Kristian di Malaysia. Dalam masa yang sama, ,masyarakat Kristian sekali gus merupakan golongan minoriti merasakan berlakunya penindasan terhadap kepercayaan yang diamalkan. Keadaan ini menjadi persoalan di mana hak kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Lantaran daripada kejadian ini, pelbagai pihak terutama pengguna media sosial membuat pelbagai spekulasi.
Salib
merupakan satu simbolik kepada agama Kristian dan dalam Perlembagaan jelas
menyatakan sebagai rakyat Malaysia kita perlu saling menghormati dan menerima budaya
sesama kerana kita tinggal dalam satu bumbung yang sama.
Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata,
berkata,
perbincangan perlu diadakan
berhubung isu ini bagi mengelak keresahan rakyat majmuk dalam negara. Di
samping itu, beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri Selangor berkuasa
ke atas status rumah kedai ini di Taman Medan sama ada ia telah berdaftar
sebagai rumah ibadat dan diberi kebenaran untuk beroperasi. Berhubung dengan
kejadian ini, pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang
mengadakan protes dan jika mereka didapati bersalah mereka akan dikenakan
tindakan di bawah Akta Hasutan dan undang-undang yang sedia ada (Alif Mustapha,
2015).
Konklusinya,
sebagai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya kita perlu
berfikiran terbuka dan saling menghormati sesama. Apapun perbezaan antara kita
baik dari segi budaya dan agama, kita perlu menerima sesama dengan sikap
keterbukaan serta saling mengasihi sesuai dengan gagasan IMalaysia yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita.
Rujukan:
Alif, M.
(2015). Isu salib – PM minta rakyat ikut
perlembagaan Negara Dipetik daripada:
Helen, A. (2015). Taman Medan: Evangelistas and church crosses
– the S’pore and China experience Dipetik daripada:
https://helenang.wordpress.com/2015/04/20/taman-medan-evangelistas-and-church-crosses-the-spore-and-china
experience/
experience/
http://domba2domba.blogspot.com/2015/04/kumpulan-mendesak-salib-diturunkan.html
pada pendapat saya, isu seperti ini tidak sepatutnya berlaku. kita harus bertolak ansur antara satu sama lain bagi menjaga kehormonian dan kesejahteraan antara rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama ini. isu seperti ini juga sepatutnya tidak diperbesar-besarkan oleh pihak media memandangkan pengaruh media terhadap isu ini adalah sangat kuat. sepatutnya hal seperti ini yang melibatkan sensitiviti agama di selesaikan secara baik dan tertutup oleh semua pihak.
ReplyDeleteJika dilihat isu ini sangat hangat diperkatakan. Saya sebagai manusia biasa menerima perkara ini dengan sangat tenang kerana di dalam setiap perkara yang diperlakukan, dengan pastinya saya menyatakan TUHAN melihat semuanya. Dan Tuhan mendengar setiap doa-doa orang yang percaya. Kerana perkara seperti ini tidak perlu diperlakukan sedemikian rupa jika kita merasa yakin dan pasti agama yang dianuti itu benar. Kerana bagi saya biar macam mana keadaan sekalipun saya cuba dipengaruhi tetapi selagi iman kita percaya kepada satu roh yang benar-benar hidup maka bermacam keadaan pun kita akan tidak merasakan kerisauan atau ketergugatan dengan agama kita.
ReplyDeletePada masa yang sama selagi orang membakar gereja pun saya hanya tersenyum dan tenang kerana yang saya mampu perbuat hanya berdoa memohon pengampunan kepada Tuhan kepada setiap orang yang tidak tahu dan tidak sedar terhadap apa yang diperlakukan. Adalah lebih baik Tuhan yang bertindak.
Kerana apa yang saya tahu selagi Agama kita mengajar untuk mengasihi sesama manusia maka hendaklah hidup dengan rukun tanpa adanya pembalasan. Biar segala pembalasan yang dibuat oleh Tuhan. Mudah saja.. "KASIHI SESAMAMU MANUSIA KERANA KASIH MENUTUPI BANYAK SEKALI DOSA". Bila ada kasih di dalam hati, sanggupkah anda melakukan kejahatan terhadap orang lain?
Ya. Saya setuju dengan apa yamg kamu katakan. Sesungguhnya agama menjadi titik dan pengukur kepada segala perbuatan. Tidak kira agama apa seseorang itu anuti, jika hati dia bersih, tidak akan ada timbul isu sebegini. isu membenci agama lain, isu menidas agama lain. Pokoknya, kenali hati masing-masing. Seandainya sesuatu agama itu agung, tidak ada dalam ajarannya untuk merendahkan dan menindas agama lain. Kerana saya juga percaya, setiap agama mengajar setiap orang untuk saling mengasihi. Setiap baik buruk yang kita lakukan , itu semua datang dari hati kita sendiri. Jika hati kita penuh dengan kasih, maka akan wujudlah sikap hormat, simpati dan kasih mengasihi terhadap insan lain. HATILAH YANG MENJADI KUNCI KEPADA SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN. Bersihkan hati, refleksi diir baru kita tahu dimana silap kita. Kerana setiap insan dikurniakan oleh Tuhan keistimewaan dan saya percaya setiap agama adalah indah melainkan penganutnya yang membuatnya kelihatan tidak indah.
Deletesebagai seorang yang beragama, isu ini tidak sewajarnya timbul. Kes sebegini berlaku kerana terdapat sesetengah individu yang cetek pemikiran dan tidak suka akan keamanan. Kita sebagai masyarakat yang berbilang kauam di Malaysia, seharusnya saling menghormati sesama agama yang terdapat dan dianuti oleh agama lain. Hal sebegini hanya menunjukkan bahawa kita suka akan penindasan sesama sendiri. Jika kita mempunyai nilai agama dan moral yang tinggi dan berkualiti, hal sebegini tidak akan berlaku. Perbuatan kita melambangkan diri kita yang sebenar pada umum. Sikap saling menghormati haruslah dipupuk dalam institusi kekeluargaan terlebih dahulu untuk membimbing masyarakat yang jauh lebih banyak. Tidak ada agama yang mengajar kita untuk melakukan kejahatan sesama manusia. Agama mengajar kita kasih sayang, menghormati dan saling bertolak ansur dan bukannya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain. Dari mana datangnya kesejahteraan jika diri kita sendiri tidak melakukan kebaikan. ???
ReplyDeleteIsu ini seharusnya tidak timbul dengan adanya rakyat kita yang berbilang bangsa dan agama. Lihat sahaja masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak, isu ini tidak timbul kerana mereka sememangnya mengamalkan toleransi antara satu sama lain. Perkara seperti ini seakan-akan merendah-rendahkan agama kita sendiri dan nampak tiada kesefahaman di situ. Di Sarawak, gereja dan masjid boleh di bina bersebelahan sahaja. Oleh yang demikian isu ini tidak harus timbul sama sekali.
ReplyDeleteYa betul. Saya sebagai rakyat Sarwak juga berasa lega kerana masyarakat Sarawak boleh bergaul dengan satu sama lain walaupun berbeza agama. Jika di Sibu, kedai-kedai makan Non-muslim dan Muslim bersebelahan sahaja. Bahkan, di gerai-gerai kopi, mereka duduk bersembang walaupun kedai tersebut kedai orang Cina ataupun kedai Melayu. Semua sama sahaja bagi mereka. Inilah yang kita mahu sebagai rakyat Malaysi. Seperti di Miri. Gereja dan masjid memang dibina bersebelahan. Orang Islam turut membuka gate masjid untuk membenarkan penganut Kristian meletakkan kereta di kawasan masjid mereka ketika sembahyang pada hari Ahad. SIkap toleransi sebegini harus wujud dalam setiap individu kerana tiada siapa dapat mengubah diri kita melainkan diri sendiri.
DeleteSaya setuju dengan pendapat rakan-rakan semua bahawa isu seperti ini tidak sepatutnya timbul memandangkan Malaysia merupakan negara yang mengamalkan kebebasan beragama. Namun, media massa juga sangat memainkan peranan yang penting terhadap penyebaran yang berleluasa tentang isu dan tidak kurang juga spekulasi yang timbul daripada pelbagai pihak. Sebagai contoh, terdapat beberapa buah blog telah menyatakan bahawa isu ini mempunyai agenda politik, dan terdapat juga blog yang menyatakan bahawa isu ini menunjukan kumpulan islam yang ekstrim, serta pegangan agama yang rapuh. Selain itu juga, isu ini juga boleh menyebabkan berlakunya perbalahan masyarakt yang berbilang agama. Dengan wujudnya media sosial ini, ramai individu yang telah mengeluarkan pendapat mereka secara bebas dan beremosi. keadaan ini akan menjadi penyebab kepada perbalahan pendapat dan sebagainya. Oleh itu, penglibatan media sosial ini bukan sahaja melaporkan isu yang tepat dan benar malahan dapat membangkitkan kemarahan terhadap individu yang terlibat jika disalah dunakan.
ReplyDeletesaya bersetuju dengan pendapat kamu ( catherine lam) bahawa media massa memainkan peranan penting untuk menyampaikan sesuatu yang benar dan bukannya mewawarkan lagi sesuatu keadaan dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. media massa seharusnya bertindak bijak dan adil apabila mengeluarkan sesuatu isu terutamanya isu sensitif seperti isu agama. hal ini kerana masyarakat hari ini bergangtung kepada media massa untuk melihat segala perkembangan-perkembangan yang berlaku di sekeliling mereka. dan yang lebih parah lagi apabila segentir masyarakat yang lebih percaya sebulat-bulatnya apa yang dilihat melalui media massa serta bertindak menyampaikan berita tersebut kepada orang ramai tanpa mengetahui kebenaran malah akibatnya kepada orang lain. sekiranya media massa bertindak berat sebelah dalam menyalurkan berita kepada masyarakat di negara kita maka kedamaian dan ketenangan yang kita lalui selama ini semakin hilang.
Deletesebagai rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa semestinya harus menghormati antara satu sama lain dan kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. jika kita mahu melihat negara kita maju dan makmur pada masa akan datang kita haruslah bertoleransi dengan orang lain tanpa mengira asal usulnya. kerana sekiranya kita tidak menunujukkan sikap tersebut maka generasi-generasi baru akan meniru apa yang dilakukan kita hari ini pada masa akan datang.
Pada pendapat saya, isu ini seharusnya tidak berlaku di negara Malaysia. Hal ini kerana negara Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Manusia seharusnya berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. Kunci utama dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat ialah hormat-menghormati antara satu sama yang lain. Kenapa perlu ada sikap rasis dalam diri??jawapannya itu dari diri kita sendiri.. Sememangnya saya berbangga dengan sikap masyarakat yang ditujukkan di borneo iaitu mempunyai sikap hormat menghormati yang sangat tinggi dalam diri. Ini seharusnya diamalkan oleh semua masyarakat di Malaysia. Selain itu penyebaran isu ini di laman sosial telah membangkitkan semangat kepada para manusia untuk memprotes tapi menilai tindakan yang dilakukan. Oleh yang demikian, mindset manusia perlu diubah bagi membawa kepada kehidupan yang harmoni pada masa sekarang dan juga akan datang.
ReplyDelete