Thursday, 9 April 2015
Identiti Vs Media baru
Identiti sering dikaitkan dengan personaliti dan individu. Persoalan yang selalu dikaitkan dengan identiti ialah Who I am? I think therefore I am? Gambaran tentang identiti tersebut merupakan pandangan kita terhadap diri kita sekiranya kita ingin mengetahui siapakah kita. Semua jawapan yang menjawab kepada persoalan di atas adalah merujuk kepada identiti.
“Your personality style is your organizing principle. It propels you on your life path. It represents the orderly arrangement of all your attributes, thoughts, feelings, attitudes, behaviors, and coping mechanisms. It is the distinctive pattern of your psychological functioning—the way you think, feel, and behave—that makes you definitely you.”
Media baru merupakan alat komunikasi yang menggunakan teknologi komputer dengan bantuan internet. Media baru adalah terdiri daripada laman web, laman sosial, email, dan semua yang berkaitan dengan rangkaian elektronik. New media atau media baru telah mengubah orang dalam kehidupan seharian. Kemunculan media baru ini telah mempengaruhi seseorang dalam menunjukkan identiti diri. Kebanyakan media baru dapat memanipulasikan watak sendiri kepada yang lain. Sebagai contoh, seseorang menggunakan gambar yang berbeza di facebook daripada identiti diri yang sebenar. Kebiasaannya mereka akan menggunakan media sosial ini untuk kepuasan diri mereka. Ini dapat dikaitkan dengan uses and gratification theory. It presents the use of media in terms of the gratification of social or psychological needs of the individual (Blumler & Katz 1974). Individu menggunakan media sebaik mungkin untuk kepuasan diri mereka. Oleh itu media baru dapat membantu dalam menunjukkan personaliti seseorang yang mungkin sama pada personaliti sebenar dan mungkin juga berbeza.
Rujukan:
http://www.merriam-webster.com/dictionary/identity
http://personalityspirituality.net/articles/what-is-personality/#sthash.rNflqPph.dpuf
http://en.wikibooks.org/wiki/Communication_Theory/Uses_and_Gratifications
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pada pendapat saya..seseorang diubah oleh media dalam kehidupan mereka disebabkan mereka ingin mengalami perbezaan dalam kehidupan meerka. Kadang-kadang mereka ingin menyendiri untuk mengambil masa bagi ketenangan diri. Dan hal tersebut bukan menjadi sesuatu yang negatif kadang kala.
ReplyDeleteIdentiti baru dalam dunia media baru seringkali dikaitkan dengan perkembangan dunia teknologi masa kini. Hal ini kerana, kebanyakan individu masa kini identitinya berubah kesan daripada media baru yang muncul. Sebagai contoh, trend berselfie dan memuatnaik kedalam facebook, ramai individu yang turut melakukan selfie sejak selfie ini diperkenalkan menerusi media baru tersebut. Namun begitu, terdapat segelintir individu yang tidak terpengaruh dengan media baru dan masih mengekalkan identiti sebenar mereka.
ReplyDeleteIdentiti seseorang itu sememangnya lahir dari diri sendiri. Ia bukannya lahir daripada orang lain namun begitu diri kita sendiri yang boleh mengubah identiti kita juka kita mahu. Walaubagaimana sekalipun, identiti asal kita tetap sebati dengan diri kita,Perubahan yang kita cuba lakukan itu bukanlah untuk menjadi diri orang lain, tetapi adalah bertujuan untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Jika dikaitkan dengan teknologi yang ada, kebanyakkan dari kalangan kita hari ini menggunakan teknologi untuk mengubah identiti seperti bergambar dengan pelbagai gaya atau selfie. Dengan identiti baharu yang dilahirkan ini, maka kita sebenarnya telah meniru gaya orang lain. Sememangnya sukar untuk meniru gaya dan identiti orang di sekeliling kita tetapi jika mempunyai minat yang mendalam maka ianya tidaklah mustahil. Terdapat pelbagai tujuan menukar identiti ini seperti sudah bosan dan mahu mencari sesuatu yang baru dalam hidup...
ReplyDeleteSeperti yang kita ketahui,identiti yang dimiliki oleh seorang individu bergantung kepada persekitaran dan juga perkembangan semasa. Contohnya, kebanyakan golongan belia akan mengubah mahupun berubah mengikut perkembangan teknologi terkini yang melibatkan indentiti berubah. Perubahan identiti ini merangkumi pakaian,sikap, dan juga jantina. Kesemua aspek ini akan berubah dalam tempoh masa yang singkat tanpa adanya persetujuan daripada mana-mana pihak. Adakalanya, perubahan ini membawa ke arah kebaikan dan juga keburukan pada setiap individu berkenaan.
ReplyDeleteIdentiti adalah diri kita sendiri. Hanya kita sendiri yang mengenali diri kita bagaimana. Orang lain tidak akan dapat meniru kita dengan apa cara sekalipum. Kita tetap kita. Tetap dengan adanya media baru ini, pemalsuan identiti semakin berleluasa. Kebanyakan individu tidak bertanggyngjawab mengaibkan individu lain sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan individu lain di dalam laman sosial. Mereka juga boleh berubah identiti akibat daripada pengaruh media sosial yang semakin berleluasa.
ReplyDeleteIdentiti membawa maksud siapa diri kita. Dalam perkataan lain, apa yang unik tentang diri kita di mana ia boleh membezakan diri kita dengan orang lain. Dalam perkembangan media baru kini, tidak dinafikan ia memberi kesan kepada identiti individu. Contohnya dalam media sosial seperti facebook yang boleh menghubungkan manusia tanpa mengira sempadan. Media seperti facebook adalah satu medium yang membina jaringan sosial antara manusia dari seluruh pelusuk dunia dan masyarakat yang berbeza latar belakang, budaya, agama dan bangsa. Ada sesetengah individu yang berani mendedahkan identiti sebenar mereka, namun ada juga dalam kalangan individu yang memalsukan identiti sebenar mereka untuk kepentingan dan keselamatan peribadi mereka. Jadi, dapat dilihat bahawa media memberi kesan kepada identiti seseorang.
ReplyDeleteIdentity obstruct by new media ? I think its seem realistic for us to said that. Because people tend to change their personality and appearance as well after the existence of new media. People change their life style (old skool to modern style), clothing (old fashioned to new trendy), hair style (more stylist with variety of colour and styles) . And all these are carried away by new media.. People can access to many fashion available online, nice hairstyle, how to well-dress and how to improve self-personality. Might they stalk their idol just to copy and imitate their personality and appearance. They change their identity only to become the person they liked. Many people undergone surgery to have the similar nose, face, eyes, lips with the person they envy.
ReplyDeletePada pendapat saya, media baru telah mempengaruhi kehidupan seharian kita. Kita tidak lari daripada menggunakan media baru. Namun begitu, individu mempunyai hak sendiri untuk menggunakan identitinya di media sosial seperti Facebook, wechat,whatasp dan blog. Sebagai contoh, individu menggunakan indentiti orang lain di facebook atau di wechat. Hal ini kerana mungkin individu tersebut lebih selesa jika tidak menggunakan identiti diri sendiri dan tidak mendedahkan identitinya.
ReplyDelete