Tuesday, 28 April 2015

Media Sosial - Terjaminkah Keselamatan Kita?

Assalamualaikum dan Hai ..

   

Pada zaman ini perkembangan teknologi semakin berkembang. Ia termasuklah dengan perkembangan media sosial yang semakin pesat seperti Facebook, Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Seiring dengan perkembangan  teknologi komunikasi yang pesat, maka media sosial juga berkembang mengikut peredaran zaman. Pada zaman ini, melalui apa yang dikatakan sebagai media sosial, Facebook adalah salah satu cara untuk berkongsi maklumat dan berkongsi segala rentetan hidup (Yanuardi Syukur, 2009).

    Tetapi pernahkah anda terfikir sebelum ini kita berkongsi segala maklumat di laman-laman sosial tanpa tapisan. Sering kali kita melihat ada individu seolah-olah menceritakan perihal peribadi mereka dengan sewenangnya walaupun mereka tidak mengenali rakan-rakan di laman sosial mereka. Dalam Berita Harian yang dipaparkan http://www.bharian.com.my/node/9931 ada memaparkan mengenai akibat terlalu memaparkan maklumat peribadi di dalam laman sosial. Selain itu, ada juga remaja yang selalu 'post' di status masing-masing apabila mereka berada seorang diri di rumah. Mereka sedikit sebanyak mengancam keselamatan mereka sendiri secara tidak sedar. Mereka tidak tahu siapa sebenarnya rakan-rakan mereka di laman sosial.


  

      Selain itu, gangguan disebabkan oleh individu yang tidak di kenali dalam laman sosial juga menyebabkan tanpa disedari boleh menceroboh hak peribadi. Oleh itu, dalam memilih kawan, pastikan kita mengenali individu tersebut sebelum menerima sebagai rakan. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang boleh disebarkan sewenangnya dalam laman sosial. Perkara ini sudah semestinya memalukan mangsa.
     
     Okay, sekarang kamu fikirkanlah sejauh mana kamu berkongsi maklumat peribadi kamu di laman sosial. Jangan biarkan kamu sendiri yang mengancam keselamatan kamu. Saya kongsikan video mengenai laman sosial di bawah. 





Rujukan 

Berita harian. http://www.bharian.com.my/node/9931


12 comments:

  1. Saya melihat sendiri bagaimana media sosial bertukar menjadi pemusnah kepada identiti dan rahsia peribadi seseorang. Semakin banyak perkongsian yang melampau dalam Facebook pada masa kini. Kita ambil contoh golongan wanita. Ramai mereka mengambil kesempatan terhadap kewujudan media sosial untuk mempromosikan diri. Hinggakan memuat turun gambar yang terlampau mendedahklan susuk badan seperti menayangkan buah dada. Gambar jenis ini sering kali keluar di laman sosial hingga menjadi viral. Yang tidak wajarnya, apabila orang memberi komen terhadap gambar tersebut, orang itu pula yang dipersalahkan. Sedangkan mereka sendiri yang tidak berfikir panjang dan sesuka hati sahaja menyiarkan gambar yang menampakkan buah dada untuk tontonan umum. Pengguna media sosial sekarang semakin terheret jauh dengan ketaksuban melayari media sosial tersebut hingga tidak sedar yang mereka telah berkongsi sesuatu yang tidak sepatutnya kepada orang ramai. 'Be careful on what you say because media social is an elevator to the whole world now. Everyone can read and see what you are doing'. Ramai yang menjadikan media sosial sebagai diari mereka untuk bercerita mengenai hal peribadi mereka sedangkan itu sepatutnya menjadi rahsia yang patut disimpan sendiri. Bayangkan jika kita terlalu banyak berkongsi, bagaimana dengan pandangan orang lain ? Tidakkah mereka rasa terganggu dan menyampah ? Fikirkan sendiri kesan sebelum melakukan sesuatu perkongsian. Tanya hati , adakah perkongsian itu wajar atau tidak ? saya tinggalkan anda semua dengan satu pertanyaan. Jika semua rahsia sudah dikongsi dalam media sosial, apakah sisa rahsia yang anda ada dalam hiidup ? Dan adakah itu wajar masih dipanggil rahsia jika sudah dikongsi kepada orang ramai ? Tepuk dada, tanya selera. Jawapan di hati anda sendiri. Selamat menjadi pengguna media sosial yang bijak ") ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Benar sekali apa yang dinyatakan oleh sahabat kita Flora di atas. Sebagai pengguna media sosial, kita perlu sedar dan tahu keterbatasan dalam menggunakan media sosial seperti facebook, wechat, whatsapp dan aplikasi yang lain. Dalam perkataan lain, kita perlu ada penguasaan diri serta memikirkan kesan-kesan yang bakal diterima jika kita bertindak dengan terlalu mendedahkan hal-hal peribadi di media sosial.Jangan terlalu obses ketika menggunakan teknologi moden kini kerana di luar sana memang banyak mata-mata yang memerhatikan kita tanpa disedari.

      Delete
  2. Media sosial jika disalahgunakan akan mengancam diri individu. Ancaman yang diterima berbentuk buli yang melibatkan gangguan emosi atau mental seseorang. Seperti yang kita ketahui, buli siber masa kini semakin berleluasa dalam dunia siber. Datuk Razali Ismail iaitu Timbalan Menteri Pelajaran telah menyatakan bahawa buli siber ini boleh mengancam emosi mangsa. Selain itu, terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab telah mengunakan gambar individu lain sebagai 'profile picture' dalam account facebook mereka sendiri dan memuatnaik gambar-gambar lucah dan sebagainya. Keadaan ini bukan sahaja menjatuhkan maruah mangsa malahan menyebabkan tekanan perasaan yang ekstrim kepada diri mangsa. Oleh itu, media sosial ini dapat memberikan kesan yang negatif jika disalahgunakan. Sehubungan itu, setiap individu perlulah lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada jenayah yang wujud daripada media sosial ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan pendapat kamu cathrine. Penyalahgunaan media sosial ini telah mengancam inidividu dan juga masyarakat. Hal ini kerana penyebaran gambar lucah yang diviralkan dalam laman sosial menyebabkan ramai yang hilang keyakinan diri dan ada juga yang ingin cuba membunuh diri.

      Delete
  3. saya jarang menggunakan media massa seperti facebook, instagram dan wechat untuk berkongsi kegiatan harian saya. kerana pada saya, ada segentir perkara kita tidak boleh kongsikan dan ada perkara yang boleh kita kongsi kepada media massa untuk keselamatan dan peribadi saya. ini juga bergantung kepada individu tersebut bagaimana cara ia menggunakan media massa.

    ReplyDelete
  4. Media sosial dibuat untuk memenuhi kegunaan dan kepuasan pnegguna yang ada diterangkan dalam teori Uses and gratification. Kenapa media sosial ini membawa keburukan?? Ini terjadi di sebabkan individu itu sendiri(pengguna). Mereka menggunakan laman sosial untuk perkara yang negatif. Hal ini telah memberi gambaran yang buruk terhadap media sosial. Selain itu banyak individu yang tidak bertanggungjawab mengedit gambar orang lain dengan tujuan menjatuhkan maruah orang lain. Ini sering kita lihat di mana banyak gambar-gambar telah diedit kepada gambar yang tidak sepatutnya. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga kita harus menggunakan laman sosial ini dengan bijak dan juga tidak muda untuk terpengaruh dengan orang yang cuba membawa kita ke arah perkara yang negatif.

    ReplyDelete
  5. Terjaminkah keselamatan kita ketika menggunakan media sosial? :) Bagi saya, ia bergantung kepada individu yang menggunakan media sosial itu sendiri. Sebagai pengguna, kita perlu menggunakan media sosial dengan bijak. Dalam dunia kemajuan teknologi yang semakin canggih kini, kita perlu berfikir secara lebih rasional tentang penggunaan media sosial seperti facebook, wechat, istagram, whatsapp dan sebagainya.Persoalan keselamatan dalam media sosial adalah tanggungjawab individu sendiri sebagai pengguna di mana kita perlu menjaga privacy sendiri. Maksudnya, hal-hal peribadi tidak sepatutnya dikongsikan dalam media sosial. Contohnya seperti alamat rumah, no telefon dan hal-hal lain yang bersifat peribadi. Jika kita terlalu mendedahkan hal-hal peribadi kita, hal ini boleh menyebabkan orang menilai siapa diri kita di samping mengancam keselamatan. Jadi, semuanya bergantung kepada individu sendiri sebagai pengguna bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Shila benar, tetapi apa yang terjadi pada zaman sekarang seolah-olah menjadikan laman sosial sebagai diari hidup mereka. Mereka tidak berfikir panjang sebelum berkongsi apa-apa dalam media sosial. Teknologi yang semakin tinggi juga boleh menyebabkan individu terancam. Oleh itu gunakan sebaik mungkin teknologi yang sebetulmya dnegan bijak.

      Delete
  6. Penggunaan media yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi hari ini mendatangkan impak yang sangat negatif kepada penggunanya. Impak ini akan membataskan segala aktiviti seharian mereka. Hal yang sedemikian kerana, pergerakan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang lain. Keadaan ini disebabkan mereka kerap kali mengemaskini status di laman sosial berkaitan dengan aktiviti harian yang dilakukan. Misalnya, mengemaskini status di facebook dan moments di we chat setiap masa. Tindakan ini secara tidak langsung akan mendedahkan mereka dalam keadaan yang berbahaya setiap masa.
    Dalam pada itu juga, tindakan mereka yang kerap mengemaskini status ini menyebabkan segala butiran peribadi di laman sosial menjadi public. Sebagai contohnya, pengguna mengisi semua butiran peribadi di facebook dan tindakan ini akan memudahkan orang awam mengaskses maklumat yang diberikan. Adakalanya, orang awam akan menganggu pengguna berkenaan dengan tindakan mengancam, pengodaman maklumat lain seperti akaun bank dan sebagainya.
    Oleh itu, pengguna seharusnya berhati-hati ketika menggunakan media sosial dalam berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Justeru ini, berpada-padalah sebelum melakukan semua tindakan dan berfikirlah secara rasional.

    ReplyDelete
  7. sy merasakan ia adalah bergantiung kepada individu. maksudnya adalah dari segi pendedahan dari individu itu sendiri. kalau terlalu mendedahkan maklumat-maklumat diri, tak mustahil keselamatan mereka akan terancam. namun, jika pengguna bijak dalam memilih apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk didedahkan di media sosial, pengguna tidak perlu merasa takut dengan keselamatan mereka terancam atau tidak kesan dari media sosial.

    ReplyDelete
  8. Pendedahan sesuatu perkara dari diri kita sendiri adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Jika terlalu mendedahkan maklumat dari diri sendiri, ianya bakal mengundang masalah lain yang lebih serius. Pada pandangan saya, adalah suatu yang tidak sesuai untuk pendedahan secara berani seperti kebanyakkan orang zaman sekarang. Kita haruslah berfikir panjang sebelum menulis untuk tatapan umum. Zaman sekarang tidak sama seperti zaman dahulu. Jangan terlalu berani dengan orang sekeliling kita. Media sosial sememangnya dijadikan tempat untuk mendedahkan semua perkara. Kita haruslah sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam semua hal.

    ReplyDelete