PERKEMBANGAN MEDIA BARU + ISU LGBT
(LESBIAN,GAY,TRANSGENDER)
Kini,
seiring dengan perkembangan teknologi pelbagai perubahan yang berlaku dalam
kehidupan masyarakat. Perubahan ini dapat menimbulkan seribu persoalan dalam
kalangan masyarakat mengenai impak perkembangan teknologi pada hari ini (Zosky, 2008).
Hal
yang demikian kerana, gejala sosial dalam kalangan masyarakat semakin ketara
sehinggakan menyebabkan peningkatan kadar jenayah. Moraliti dalam kalangan
masyarakat juga turut terhakis disebabkan pengamalan budaya sonsang dalam
kehidupan mereka. budaya ini menyimpangkan pemikiran masyarakat terhadap
kegiatan yang tidak bermoral dengan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
sehinggakan melanggar ajaran agama (Owoyemi, M. Y., & Sabri, A. Z. S. A, 2008).
Berikut
antara blog yang mempersoalkan tentang isu lesbian, gay, dan transgender (LGBT)
dalam kalangan kalangan masyarakat. Buah fikiran dan pendapat mengenai isu ini
diutarakan oleh masyarakat dalam blog berkenaan. Adakalanya, pendapat yang
diberikan berkenaan dengan isu ini agak sensitif kerana ada dalam kalangan
masyarakat bersetuju dan membangkang isu ini diamalkan (Hayes, A., & Stewart, J. Hilton , 2010).
- xhomomalaysia.blogspot.com/2008/07/apa-itu-homoseksual.html
Blog
ini menerangkan tentang kajian mengenai pelaku homoseksual mempunyai ciri
berlainan secara biologi. Antaranya ialah kajian yang dilakukan oleh Simon
LeVay ,1991 dan Dean Hamer,1993. Penulis juga menerangkan tentang faktor-faktor
terjadi LGT dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah, dari aspek
kekeluargaan, persekitaran, dorongan individu, dan juga aktiviti seksual.
Kebanyakan masyarakat
yang memberi komen dalam blog ini tidak bersetuju dengan isu LGBT ini kerana menyebabkan keruntuhan moral dan
tamadun masyarakat, penyebab penyakit wabak ,dan wujudnya diskriminasi terhadap
golongan ini. Pada masa yang sama juga, kritikan terhadap golongan ini kerana melanggar ajaran agama. Hal ini menyebabkan golongan ini berasa tertekan dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Misalnya, dalam bidang kerjaya. Golongan ini minoriti jarang diterima dan diambil bekerja di organisasi kerana personaliti mereka. Tindakan ini secara tidak langsung menyebabkan mereka sukar berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat sekeliling kerana malu dengan personaliti mereka. Tambahan lagi masayrakat sering memandang serong dan berfikiran negatif terhadap golongan ini. Adakalanya, mereka akan mengambil tindakan di luar kawalan disebabkan terlalu tertekan.
Penulis menggalakkan semua lapisan masyarakat memberi pandangan dan cadangan mengenai isu berkenaan. Idea dan cadangan ini akan mendatangkan impak yang besar untuk pembaca. Hal ini kerana, pembaca akan mudah untuk mendapat informasi berkaitan dengan isu ini dengan adanya penulisan dalam blog. Secara tidak langsung, penulisan ini akan mengubah persepsi mahupun pandangan masyarakat terhadap golongan ini.
Blog kedua ini pula,menerangkan tentang pendapat masyarakat mengenai isu transgender yang
semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat. Isu yang difokuskan dalam blog ini ialah isu pengkid dalam kalangan masyarakat. Hak dan kebebasan golongan ini kurang diambil perhatian oleh pihak terbabit. Keadaan ini menyebabkan golongan ini membuat laman sendiri (website) yang berkaitan dengan isu ini. dalam penulisan blog berkenaan, pelbagai idea dan pengalaman yang dikongsi bersama dengan pembaca. Adakalanya, mereka merintih dan kecewa kerana ada segelintir masyarakat memberi layanan yang tidak sepatutnya sehinggakan ada yang memberi kata-kata kesat kepada mereka.
Contoh komen yang diberikan oleh pembaca:
Dalam pada itu, penulis blog ini membenarkan semua masyarakat memberi pandangan tentang isu ini disebabkan isu ini salah satu isu hangat yang diperkata pada masa sekarang. Penulis membuka ruang untuk masyarakat menyuarakan pendapat mahupun cadangan dalam menangani isu ini dari menular.
Kebanyakan komen yang diberikan oleh pembaca terhadap golongan pengkid
ini pelbagai yang mana ada yang menyokong dan membantah dengan kewujudan
kumpulan ini di negara kita. Bagi mereka yang menyokong kewujudan
kumpulan ini, mereka menyatakan yang kumpulan ini sewajarnya diberi hak
kerana masyarakat bebas dalam memilih identiti masing-masing. Namun
demikian, golongan ini perlu menjaga tindakan dan tingkah laku dengan
tidak melanggar dalam batas agama dan norma masyarakat. Kenyataan ini
dinyatakan bagi mereka yang memberi komen dengan membantah kewujudan
kumpulan ini.
Rujukan:
Ressler, P. (2008).
Report on Focus Groups “Benign Heteronormativity Limits LGBT Students’
Social and Academic Engagement” By Paula Ressler and Diane Zosky.
Owoyemi, M. Y., & Sabri, A. Z. S. A. (2008) LGBT, Nature or Ideology?: Sharing the Experience of a Former Practitioner in Malaysia.
Hayes, A., & Stewart, J. Hilton (2010), Coliseum reopened for crowd.