Tuesday 28 April 2015

Media Sosial - Terjaminkah Keselamatan Kita?

Assalamualaikum dan Hai ..

   

Pada zaman ini perkembangan teknologi semakin berkembang. Ia termasuklah dengan perkembangan media sosial yang semakin pesat seperti Facebook, Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Seiring dengan perkembangan  teknologi komunikasi yang pesat, maka media sosial juga berkembang mengikut peredaran zaman. Pada zaman ini, melalui apa yang dikatakan sebagai media sosial, Facebook adalah salah satu cara untuk berkongsi maklumat dan berkongsi segala rentetan hidup (Yanuardi Syukur, 2009).

    Tetapi pernahkah anda terfikir sebelum ini kita berkongsi segala maklumat di laman-laman sosial tanpa tapisan. Sering kali kita melihat ada individu seolah-olah menceritakan perihal peribadi mereka dengan sewenangnya walaupun mereka tidak mengenali rakan-rakan di laman sosial mereka. Dalam Berita Harian yang dipaparkan http://www.bharian.com.my/node/9931 ada memaparkan mengenai akibat terlalu memaparkan maklumat peribadi di dalam laman sosial. Selain itu, ada juga remaja yang selalu 'post' di status masing-masing apabila mereka berada seorang diri di rumah. Mereka sedikit sebanyak mengancam keselamatan mereka sendiri secara tidak sedar. Mereka tidak tahu siapa sebenarnya rakan-rakan mereka di laman sosial.


  

      Selain itu, gangguan disebabkan oleh individu yang tidak di kenali dalam laman sosial juga menyebabkan tanpa disedari boleh menceroboh hak peribadi. Oleh itu, dalam memilih kawan, pastikan kita mengenali individu tersebut sebelum menerima sebagai rakan. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang boleh disebarkan sewenangnya dalam laman sosial. Perkara ini sudah semestinya memalukan mangsa.
     
     Okay, sekarang kamu fikirkanlah sejauh mana kamu berkongsi maklumat peribadi kamu di laman sosial. Jangan biarkan kamu sendiri yang mengancam keselamatan kamu. Saya kongsikan video mengenai laman sosial di bawah. 





Rujukan 

Berita harian. http://www.bharian.com.my/node/9931


PENULIS BLOG Vs WARTAWAN




Penulis blog adalah seorang individu yang mengurus blognya sendiri dengan caranya sendiri. beliau mampu menulis apa sahaja yang terdapat dalam fikirannya berdasarkan pelbagai sumber termasuk berita. Penulisannya juga tidak ditapis oleh sesiapa sebelum dipaparkan kepada umum.

Wartawan pula merupakan sekumpulan orang yang mempunyai hak dalam membuat liputan isu semasa. Kes-kes yang dikendalikan oleh mereka akan ditapis dan mendapat perhatian ramai. Gaya penulisannya juga berbeza daripada seorang penulis blog. Isu yang disampaikan juga tepat dan sahih.

  1. Pada pandangan anda, adakah wajar kita selaku pembaca mendapatkan semua info daripada blog semata-mata?
  2. Adakah anda mempercayai bahawa blog menyampaikan isu semasa dengan tepat dan berkesan.?
  3. Wartawan menulis berita dengan menyampaikan isu terkini dan tiada penyelewengan maklumat ?
  4. Wartawan lebih bijak dalam mengendalikan berita semasa berbanding penulis blog?
  5. Antara dua sumber tersebut, yang manakan anda lebih terpengaruh?











Monday 27 April 2015

Hak Kebebasan Beragama- Isu Penurunan Salib di Taman Medan



Sebilangan penduduk yang memprotes salib di Taman Medan, Petaling Jaya (sumber: The Star Online)



Sudah terang lagi bersuluh, hak kebebasan beragama di Negara kita Malaysia saban hari semakin tergugat. Baru-baru ini, isu penurunan salib di Taman Medan, Petaling Jaya menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Menurut sumber daripada The Star Online, sekumpulan penduduk yang mendiami Taman Medan menjalankan protes terhadap sebuah gereja baru di kawasan berkenaan. Hal ini kerana mereka bimbang terhadap jemaah gereja yang meletakkan salib di luar bangunan gereja berkenaan mencabar penyebaran agama Islam dan boleh mempengaruhi golongan anak muda Islam di kawasan Taman Medan.

Berdasarkan Helen Ang’s blog (https://helenang.wordpress.com/2015/04/20/taman-medan-evangelistas-and-church-crosses-the-spore-and-china-experience/), penulis blog ini mempersoal bahawa gereja yang beroperasi di Taman Medan berkenaan tidak mempunyai permit yang sah. Tambahan lagi, penulis blog menyatakan bahawa penduduk Melayu di Taman Medan membantah salib yang diletakkan di gereja berkenaan, malah mereka juga mencerca golongan evangelist atau penginjil di gereja berkenaan sebagai golongan yang ekstremis, fanatik agama dan sangat membencinya.
  

Saturday 25 April 2015

 PERKEMBANGAN MEDIA BARU + ISU LGBT 

(LESBIAN,GAY,TRANSGENDER)



Kini, seiring dengan perkembangan teknologi pelbagai perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Perubahan ini dapat menimbulkan seribu persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai impak perkembangan teknologi pada hari ini (Zosky, 2008).


Hal yang demikian kerana, gejala sosial dalam kalangan masyarakat semakin ketara sehinggakan menyebabkan peningkatan kadar jenayah. Moraliti dalam kalangan masyarakat juga turut terhakis disebabkan pengamalan budaya sonsang dalam kehidupan mereka. budaya ini menyimpangkan pemikiran masyarakat terhadap kegiatan yang tidak bermoral dengan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat sehinggakan melanggar ajaran agama (Owoyemi, M. Y., & Sabri, A. Z. S. A, 2008).

Berikut antara blog yang mempersoalkan tentang isu lesbian, gay, dan transgender (LGBT) dalam kalangan kalangan masyarakat. Buah fikiran dan pendapat mengenai isu ini diutarakan oleh masyarakat dalam blog berkenaan. Adakalanya, pendapat yang diberikan berkenaan dengan isu ini agak sensitif kerana ada dalam kalangan masyarakat bersetuju dan membangkang isu ini diamalkan (Hayes, A., & Stewart, J. Hilton , 2010).

  •  xhomomalaysia.blogspot.com/2008/07/apa-itu-homoseksual.html

Blog ini menerangkan tentang kajian mengenai pelaku homoseksual mempunyai ciri berlainan secara biologi. Antaranya ialah kajian yang dilakukan oleh Simon LeVay ,1991 dan Dean Hamer,1993. Penulis juga menerangkan tentang faktor-faktor terjadi LGT dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah, dari aspek kekeluargaan, persekitaran, dorongan individu, dan juga aktiviti seksual.

Kebanyakan masyarakat yang memberi komen dalam blog ini tidak bersetuju dengan isu LGBT ini kerana menyebabkan keruntuhan moral dan tamadun masyarakat, penyebab penyakit wabak ,dan wujudnya diskriminasi terhadap golongan ini. Pada masa yang sama juga, kritikan terhadap golongan ini kerana melanggar ajaran agama. Hal ini menyebabkan golongan ini berasa tertekan dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Misalnya, dalam bidang kerjaya. Golongan ini minoriti jarang diterima dan diambil bekerja di organisasi kerana personaliti mereka. Tindakan ini secara tidak langsung menyebabkan mereka sukar berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat sekeliling kerana malu dengan personaliti mereka. Tambahan lagi masayrakat sering memandang serong dan berfikiran negatif terhadap golongan ini. Adakalanya, mereka akan mengambil tindakan di luar kawalan disebabkan terlalu tertekan.

Penulis menggalakkan semua lapisan masyarakat memberi pandangan dan cadangan mengenai isu berkenaan. Idea dan cadangan ini akan mendatangkan impak yang besar untuk pembaca. Hal ini kerana, pembaca akan mudah untuk mendapat informasi berkaitan dengan isu ini dengan adanya penulisan dalam blog. Secara tidak langsung, penulisan ini akan mengubah persepsi mahupun pandangan masyarakat terhadap golongan ini. 

 
 
 
Blog kedua ini pula,menerangkan tentang pendapat masyarakat mengenai isu transgender yang 
semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat. Isu yang difokuskan dalam blog ini ialah isu pengkid dalam kalangan masyarakat. Hak dan kebebasan golongan ini kurang diambil perhatian oleh pihak terbabit. Keadaan ini menyebabkan golongan ini membuat laman sendiri (website) yang berkaitan dengan isu ini. dalam penulisan blog berkenaan, pelbagai idea dan pengalaman yang dikongsi bersama dengan pembaca. Adakalanya, mereka merintih dan kecewa kerana ada segelintir masyarakat memberi layanan yang tidak sepatutnya sehinggakan ada yang memberi kata-kata kesat kepada mereka.
 
Contoh komen yang diberikan oleh pembaca:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dalam pada itu, penulis blog ini membenarkan semua masyarakat memberi pandangan tentang isu ini disebabkan isu ini salah satu isu hangat yang diperkata pada masa sekarang. Penulis membuka ruang untuk masyarakat menyuarakan pendapat mahupun cadangan dalam menangani isu ini dari menular.
 
Kebanyakan komen yang diberikan oleh pembaca terhadap golongan pengkid ini pelbagai yang mana ada yang menyokong dan membantah dengan kewujudan kumpulan ini di negara kita. Bagi mereka yang menyokong kewujudan kumpulan ini, mereka menyatakan yang kumpulan ini sewajarnya diberi hak kerana masyarakat bebas dalam memilih identiti masing-masing.  Namun demikian, golongan ini perlu menjaga tindakan dan tingkah laku dengan tidak melanggar dalam batas agama dan norma masyarakat. Kenyataan ini dinyatakan bagi mereka yang memberi komen dengan membantah kewujudan kumpulan ini.


Rujukan:
 
Ressler, P. (2008). Report on Focus Groups “Benign Heteronormativity Limits LGBT Students’ Social and Academic Engagement” By Paula Ressler and Diane Zosky.
 
 
Owoyemi, M. Y., & Sabri, A. Z. S. A. (2008) LGBT, Nature or Ideology?: Sharing the Experience of a Former Practitioner in Malaysia.
 
 
Hayes, A., & Stewart, J. Hilton (2010), Coliseum reopened for crowd.